You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Thursday, 23 January 2014

MEREPEK MERAPU MERABAN DALAM REBAN AYAM

Assalamualaikumm.. hai uollls. ohh so gedik en? hihii


      Macam biasa lah kan ayat aku. Tak tau nak update pasal apa. Tajuk entry pun mesti dah siap semua benda dengan ayat cecomel baru boh title dia. Memang selalu cenggitu lah kan. Kebluran aku dah datang dah. Mai dah dia. fikir nak tulis perenggan first ni pun setengah jam kauu. Tak gempak mana pun sebenarnya. Yelah kan, orang selalu cakap yang first impression tu penting. So, ayat first ni atau perenggan first ni penting untuk tarik minat orang baca selanjutnya, selepasnya dan kemudiannya dan lain lain lagi. Ayat aku ni aku rasa memang dah sah sah lah orang lagi lagi lagi malas nak baca satu satu, terus scroll perenggan yang last skali kot takpun terus shutdown sebab macam hampeh. Aku pun tengah rasa kehampehannya sebab tak ada makna apa apa pun perenggan first ni. aku sarankan korang baca pulak perenggan kedua eh eh eh. Ayat ditambah lagi dengan mimik muka mintak simpati campur kaki. Phuiii. Hahaha

      
      Ni perenggan kedua lagi lah aku tak tau nak cakap apa. Agak agak korang rasa apa? Panas? Hot? Ehh benda yang sama eh tu tadi? Okay okay aku tau. Relax lahh kawan. Aku tau korang rasa dah rentung pun kan. Rasa memang merepek habis. Betul tak? Okay ada yang angguk dan ada yang dah pegang penyapu dah tu. Laa kenapa? Kau ingat yang pegang penyapu tu nak hambat aku pegi kat pokok rambutan lepastu ikat kat pokok tu sebab banyak kerengga? Nak sapu sampah lah kan. Sampah kat dalam bellog yang comel ni. hahaa


      Ni sebenarnya dah masuk perenggan ketiga. Hehe ada yang senyum jugak tu. Sedekah dah namanya tu. Ada yang mungkin tak percaya atau terlepas pandang then automatic pegi check betul tak dah yang ketiga ni. Bhahaha tapi kan kan kan rasanya macam tak ada lah pulak yang pegi check tengok betul ke tak sebab dah tak tengok pun ayat kat blog yang tersangatlah comel ni apalagi baca. Dah undur diri dengan segala hormat dan takzimnya tadi kan. So memang tak sempat lah nak baca perenggan yang seterusnya. Apa pun tak boleh. Huuu

      Aku kan sebenarnya nak cakap satu benda ni, tapi takut laa. Nanti korang cakap apa pulak kan. Tu yang aku letak benda yang aku berat sangat nak cakap tu kat tempat yang dah nak last last sebab tak ramai yang akan tau dan yang akan baca. Sebab yang kita sedia maklum bahawa....ececehh ayat nak skema bak hang. Yelaa sebab dah ada yang bla dari baca entry aku kali ni. Kalau aku cakap ni dah tak rahsia lagi laa kan benda tuu. Hmm tak tau nak cakap macam mana. seriously. Jangan nak bash pulak eh. Takuttttt. Aku nak cakap yang aku sebenarnya tulis entry ni dah sampai perenggan yang keempat. Hahahaha tu je wehh sebenarnya aku nak cakap. Huhh tak rasa berasap ke? Kalau aku, aku memang dah berangin je wehh. Seriously like hunter kau. Hiks. Ketawa seghupo tikus dalam bilik korangg. Ehehe.

      
      Lahai tak habis habis lagi ke ceghamah kat blog ni kan? Aku kalau jadi korang memang aku baca lah blog ni sampai habis. Sebab nya, ni blog aku kan. Hihiii promote tu penting wehh. Sedar tak sedar dah sampai perenggan kelima dah. Cepat betul masa berlalu. Haishh masa memang mencemburuii aku kan. Phuihhh


      Nampak tak apa yang aku nampak? Cakap lah tak nampak. Aku nak cakap ni. buat donno pulak. Kerek. Sape? Korang lahh. Hahaha. Habis aku kena kick nanti kan. Aku nampak yang sekarang ni aku dah tulis semua kat benda yang acah acah comel ni dah perenggan keenam wehh. apa? korang teringat masa buat karangan bm and bi ? aku pun sama. kena ada pendahuluan, isi isi penting dan lastly penutup. haa ni lah yang aku nak buat sebenarnya. lagi satu korang tak nampak kan yang aku memang tengah tak ada idea langsung. cakaplah nampak. plisssssss. hmm tanak jaga hati aku pun kan. kikiki.



      Sudah terang lagi bersuluh, akhirnya kita sampai ke destinasi yang terakhir iaitu perengaan ketujuh. so tak payah lah korang nak amik baldi ke hape. dah tak sempat dah nak muntah hijau ke pink ke biru ke and so on. apa yang sempat sekarang ni korang boleh bla dari terus baca natang comel ni. terima kasih lah wahai kawan kawan ku yang comel lagi handsome cantik bergaya kerana meluangkan banyak masa membaca menyanyi bagai kat vellog aku ni. hopefully tak serik lah baca lagi lepasni ehh. kan aku dah cakap "terima kasih" tadi, so korang jawablah "together" kat aku pulak. together kan maksudnya sama-sama. err faham tak ni? blur ehh? bedal lahh. kbye. 


kata hati : hidup maknanya pilihan. kiri dan kanan menanti kata putus. apa kita sanggup berkorban atau ambil jalan terus. 

#motif letak gambar semua tu pun aku tak tau kenapa.  








Saturday, 11 January 2014

MY HEART ...

Assalamualaikum


aku tak tau sebenarnya nak cerita apa kat sini. ada rasa macam nak baling bawang putih tak? rasanya tak kot sebab aku kan comel. hahaha tak habis habis dengan keperasanannya tu kan. menyampah tak? sikit laa kan. otak pun sekarang tengah serabut, so apa aku nak cerita pun tak tau lah. 

ramai tanya pasal aku dengan si dia. yess memang kitorang ada pape tapi tu dulu. sekarang ni kitorang kawan je. macam orang orang cakap, kalau ada jodoh tak ke mana kan, ke situ je rasanya kan. kihkihkih. ada jugak yang tanya asal aku tak buang gambar dia. perlu ke kalau kita buang gambar seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita especially hati kita. wekkk ayat macam mintak penampor kau. pada pendapat aku tak perlu rasanya kot. profesional lah kan. kalau dulu kita boleh rapat, boleh baik baik tak kan lepas kita dah tak ada pape tak boleh nak bebaik jugak. tak semestinya dengan buang gambar gambar tu kau boleh terus lupa seseorang. come on lah. be matured pliss. gambar cecomel camtu tak kan nak buang kot. baik simpan, nanti mana tau panjang umur boleh cerita and tunjuk kat anak anak. hahaha. dah fikir sampai ke situ pulak kan.

perasaan sayang? hahaha ini lawak. tipulah kalau tak ada kan. tapi nak buat macam mana. dah takdir. apa yang jadi ni salah sape? tak payah nak tunding jari kat pihak sebelah ke atau mana pun. aku rasa aku pun salah dalam hal ni and dia pun ada salah jugak. adil lah kan. menyesal? ohh no. ni susah nak cakap, tapi apa apa pun aku bahagia dan aku pun doakan kebahagiaan dia. tak payah lah nak berdendam dendam antara satu sama lain, jadi musuh and so on. dah besar kan? rasanya boleh fikir sendiri kan. lebih baik bawa haluan masing masing dan berbaik. Alhamdulillah, so far aku dengan dia okay je. aku harap tak ada orang yang jadi batu api eh. 

hai ada lagi yang tanya asal facebook dia pakai DP aku lagi. haha dia jarang on fb and yang tu aku tak boleh nak jawab. tu kena tanya dia sendiri. 

aku sekarang dengan sape? hahaha ketawa guling guling aku bila ada yang tanya macam ni. macam biasalah mesti loyar buruk punya jawapan yang aku bagi. kalau time orang tanye tu aku ada dengan kucing ke ape aku cakaplah aku dengan kucing. ha for sure aku sensorang. takde pun yang datang nak meminang aku yang comel ni. sumpah yang ni laka laka. adoiiii. okay single but not available. boleh macam tu? buat masa ni dan beberapa tahun akan datang biarlah berkawan dengan semua atau sesapa je. belum lagi terbukak pintu hati yang ada taman ni untuk sesapa. get it?

lagi apa aku nak cakap? aku baru tau kelemahan aku. cepat touching. sikit sikit leleh je. hahaha. tapi tengok hal jugak lah. 

mesti ramai yang tertanya tanya kenapa aku bla atau kata lainnya berhenti keje kat tempat tu kan? sebabnya rahsia. haha baik tak payah cakap kan kalau dah rahsia bagai. memang menyampah pun ada. ye tak? keje kat situ best sangat. dah kenal dengan semua orang. kat situ ramai budak budak bawah aku jugak. akak akak senior pun ramai. memang kenal lah semua. tapi...... aku dengan kawan aku je mungkin tak selesa pasal 1 benda ni. bukan nak tunjuk baik ke hape tapi kami hanya mencari keredhaan Nya. 

banyak benda kitorang belajar kat tempat tu. lagi lagi dengan perangai dan sikap customer yang datang. setiap orang ada sikap dan perwatakan tersendiri. aku rindu dekat supervisor tuu. hihiii. kat sana pun nak usha tak boleh. ramai adik adik je. huarghhhhh gedik kan? kalau nak usha pun ada lah jugak, err pak guard. hihii. bukan memilih tapiiiiiii...bagi kat orang lain jelahh. 

aku perhatikan pelanggan ni ada yang terlalu berjimat dan ada yang tak berjimat langsung. ada yang cuai dan ada yang memang tak akan cuai kot. ada lah customer ni tertinggal kad kredit. huyoooo tapi dia datang balik. nasib baik lah dia ingat. ha ada jugak yang beli barang bape hinggit tah, tak sampai rm3 pun tapi bagi duit rm100 kau. tak ada duit kecik katanya. lepastu kau tau dia buat ape? dia main blaa je. langsung tak amik duit baki tuu. bayangkan.... aku rasa dia lupa lah, tu customer cina. banyak lah yang aku dapat belajar kat sana walaupun baru beberapa hari. kat sana pun aku dengan kawan2 ada buat keje giler yang memang berani mati punya lah. nak tau apa? nanti lah dah lepas 6 bulan atau setahun aku cerita ehh. sebab sekarang cerita tu still hot lagi kang ada yang rentung pulak. 

yang poyo gilaa nya tajuk entry aku tuu. konon saja nak bikin gempak and tertanya tanya. huahahaha ketawa sakaii punya olang. lepas dari hari ni aku keje jadi domestic engineer full time kau. giler gempak. goyang kaki je masyukkk ooooo. takpela asalkan halal dan dapat mencari keredhaan Nya. 

kata hati : aku dah kurussss. hahaha macam tak caye je. 

Friday, 10 January 2014

A D I K B R U T A L

assalamualaikum...

wowowooo.. lama giler kot aku tak bukak blog ni. dulu macam ye ye je update tapi dah sebulan ni langsung benda comel ni di anaktirikan, diabaikan dan diketepikan serta dikebelakangkan langsung tak dikedepankan. ehehe entry kali ni aku nak cerita pasal pengembaraan aku selama beberapa hari ni. fuhh bunyi macam bajet bajet gempak je kan.

nak bagitau ni, aku dah keje sebenarnya. tempat dan keje apa dirahsiakan. sebabnya dirahsiakan sebab rahsia lah kan. giler nak bagitau. nanti ada yang serbu pulak. haha okay dah stop. 

mungkin korang akan tertarik atau terharu kot dengan cerita aku kali ni. tak nak tau pegi bla bla bla dari blog ni. okay, simple kan. ni real story tak ada ciplak mana mana buku komik atau majalah mangga ke hape eh. tak main lah. aku interview orang tu selama beberapa hari ni. 

yes. memang aku dah mula sayangkan dia walaupun baru kejap je kenal. kenal dia pun kat satu tempat ni dengan kawan kawan aku. nama kawan aku tu pun aku rahsiakan atas sebab sebab tertentuu. ha jangan pulak ada yang nak siasat bagai eh. lemfang nak lemfang? 

bukan apa sebenarnya nak cerita pasal dia ni tapi banyak sangat benda yang buat aku sedar dan terfikir ramai lagi yang banyak masalah dan susah dari aku. memang leleh bila dengar cerita si dia ni. aku ni dah lah jenis orang yang cepat sentap ke? ha cepat terasa and tangkap syahdu. memang gua tak tahan lah bila dengar. airmata tu jangan cakap ahh. bertakung kot kat kelopak mata yang comel lagi menawan. hahahaha

bukan aku nak aibkan dia ke hape. tapi tu masa silam dia. dulu memang dia nakal sangat. jahat ke? tah la. okay lah rasanya. sekarang pun dia dah berubah pelan pelan. matang pun ye jugak. dia ni yang aku nak cerita ni lelaki okay. bukan yang istimewa lah macam pakwe ke hape. aku anggap dia adik. memang adik pun tapi bukan adik kandung tau.

masa dia kecik kecik dulu tu dia dah hisap rokok apa semua lah. hisap ganja apa semua kan. minum arak lagi tapi berapa kali je. orang ingat mesti dia ni jahat sangat kan sampai semua benda dia nak try. sampai kena buang sekolah tau dia tu. gua pun macam terkejut jugak lah bila dengar tu tapi takdelah sampai gua rakam atau tulis semua apa yang dia cakap. just dengar, hayati dan ingat. dia buat benda tu semua since form 1. sampai kena diberhentikan sekolah kot sebab belasah budak. teruk rasanya budak tu kena dengan dia. masuk hospital lah agaknya. kalau tak teruk tak kan sampai kena buang sekolah ken? dia belasah sebab budak tu bagitau cikgu yang dia hisap rokok. bayangkan baru form 1 dia dah hisap rokok. umur dia sekarang baru 18. mean dah habis spm lah kan.

masuk form 2 dia kat sekolah lain kot. lupa pulak pasal benda ni. then kena buang sekolah jugak. aku lupa lagi sekali part yang ni. mungkin termakan atau terminum makanan yang ada semut. mungkin lah. ha lepas dari ni dia pegi KL Lumpo. haha faham tak ape? pegi KL la kan. buat apa kat sana? dia buat bodoh je. 

parent dia hantar dia masuk kolej. nama kolej pun dirahsiakan sebab  takut orang kenal ke pulak kan. tanak lah dia segan ke apa nanti. cerita aku memang panjang tapi tak macam sedih sangat lah cara aku sampaikan. aku kan jenis yang suka ketawa. 

banyak benda yang kurang baik lah yang dia buat dulu. sampaikan parents dia tak ngaku dia anak. part ni memang airmata aku tahan je. sebab tanak dia cakap apa pulak masa dia cerita. yela maybe dia kan banyak buat benda benda yang kurang baik, ayat sopannya. so parents dia give up lah kot then hantar dia pegi KL kat kolej. 

kat kolej tu dia belajar hidup berdikari. memang susah lah hidup dia kat sana. memang gua tak dapat bayangkan macam mana dia boleh hadapi tu semua. bayangkan lah, baru form 2 tu dah masuk kolej kan then parents dia bagi duit pun berapa je. bila duit dah habes apa semua, langsung tak bagi duit ke hape. lepastu tak ngaku dia anak lagi. hmm sedih sangat. dia teruskan hidup kat sana dengan susah payahnye cari duit, dengan belajar lagi. kolej tu bukan kolej sembarangan punya. kena bayar lah kan bulan bulan. duit makan apa semua hari hari lagi. dia ambil keputusan untuk keje nak tampung hidup dia kat sana.

tau kan semua hidup kat kota sana tu macam mana. kos hidup tinggi sangat. dia keje kat bengkel kereta kalau tak silap. gaji pun berapa lah sangat. dengan nak bayar duit kolej lagi, duit makan lagi, nak beli keperluan lagi. kalau aku memang aku tak kuat rasanya. dia lelaki so kena lah pandai pandai hidup. ye tak? 

ada satu masa tu, dia balik keje malam kan. lepastu moto dia rosak. kat highway pulak tu. tempat keje dengan asrama dia dah lah 1 jam setengah lah nak sampai kalau naik moto tu. dengan gelap gelap pulak tu. nak call kawan kawan, tak ada yang nak amik. sebabnya dorang pun tak ada moto. kawan kawan pun kalau keluar pegi mana mana guna moto dia. bayangkan dia tolak moto tu 4 jam. habis lencun lah baju dengan peluh. memalam pulak kan. takut tu memang lah tapi nak buat macam mana. memang nak nangis jugak lah dia. penat tu jangan cakap lah kan. dah sampai asrama tu terus demam seminggu sebab penat satu hal and sebab jauh sangat tempat tu. masa ni dia baru form 3.

korang mesti cakap, eleh budak macam ni patut kena ajar sikit kan. wowowoo bebaik sikit eh mulut. setiap orang ada masa silam masing masing dan berhak berubah. dia kat sana kalau tak silap aku sampai habis spm kot. lupa lagi lah. tak semua benda masuk dan lekatkat kepala hotak aku ni. folder dalam otak ni tak jumpa pulak pasal ni. 

selama tu maybe dia tak balik rumah pun. memang nak balik tapi entah lah. dia cakap sedih tu sedih tapi nak buat macam mana kan. kena tempuh jugak lah. 

suka sangat kawan dengan dia ni. happy go lucky. dia ni memang orang yang hormat orang, penyayang, nakal, suka usik usik sesapa, suka buat kelakar. lahi satu dia ni setia tau orangya. tak adanya nak dengan orang lain. dia dah ada makwe pun. dia ni memang penyabar giler pastu setia sangat. hope hubungan korang berkekalan sebab aku tau kalau tak kau mesti merana. yelah hubungan tu dah sejak dia form 2 lagi. aku tanya pasal awek dia lah kan. korek sikit sikit. lepastu dia boleh cakap 'tak cantik'. sengal punya budak. balik tu try lah stalk pasal dia kat laman sosial. vengong punye olang. dia cakap tak cantik padahal comel giler awek dia tuu. ape ape pun, dia sangat jaga hubungan dia. perangai dia brutal jugak lah. k

ape aku nak cakap lagi ek? hehe tapi sekarang dia dah banyak berubah. semua benda tu dia dah tinggalkan kat belakang jauh jauh cuma rokok jela. peliknya bibir dia tak hitam tau. pink je. haha. muka dia ada tahi lalat. ekeke. 

sekarang ni pun, family dia dah terima dia pun. alhamdulillah. adik beradik dia ramai and dia anak kedua. satu je aku nak nasihatkan dia ni, jangan biarkan orang amik kesempatan kat kau eh dik. kau ni baik sangat tau. sangat2. kad atm kau pun akak kau guna. sampaikan kau tak ada duit. duit tu dah lah hasil kau keje dari dulu. tapi kau sabar je. moto kau pun kau bagi adik kau pinjam sampai kena marah dengan parents kau.

ni adik kau excident dengan kawan dia naik moto kau. semua kau yang bayar guna kad kredit kau. dengan handfone kau pun adik kau guna then hilang time excident tu. kau memang penyabar sangat. apa apa orang buat kat kau, kau sabar je. kau memang marah tapi kau tetap sabar. susah nak jumpa orang macam kau dikk. 

akak dengan kawan kawan memang sayang kau sangat. seriously. hmm ye kau tanak kitorang tinggalkan kau kan. mesej kau semua kitorang dapat sampai tak tau nak cakap. kitorang terpaksa pegi. nanti bila free kitorang tengok kau kat sana eh dikk. 

dia merayu kat aku and kawan2 aku jangan pegi tapi....kitorang tak boleh. kau cakap kau sanggup datang jumpa kitorang bila kau cuti keje nanti. kan? sedih sangat2 bila kau cakap macam tu. last day sebelum kitorang pegi, kita lepak kat warung kan memalam. tu malam last kita jumpa. muka kau memang sedih sangat. sempat lah jugak amik gambar sikit buat kenangan. 

akak memang respect giler dengan kau dik. sangat... kau ni terlalu setia, penyabar. memang sabar sangat. hari last kita jumpa, aku tak boleh tahan tengok muka kau. nangis lah kan. kitorang hantar kau sampai pintu keluar siap lambai lambai tangan je. kau bagi botol air. hehe

dikk, jaga diri tau. jangan nakal nakal. nanti kita jumpa lagi tau. haa paling sedih bila kau cakap bila kitorang takde nanti kau tak ada kawan nak borak2. kitorang sentiasa ada. memang tak akan lupa. kenal dengan kau dik buat akak lebih hargai hidup ni dan bersyukur dengan apa yang akak ada. sayang kau dikk ....

gambar memang tak boleh letak atas sebab sebab tertentu...sekian terima kasihh. tisuu kat kedai ada jual. hehe