You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Saturday, 13 September 2014

terkezutttttt gegirl !!!

Assalamualaikum..

Tak tau lah pasaipa tetiba je saka rajin ni mai dahh kat tangan lepastu taip mende ni semua. Memalam ni nak cerita apa tak tau lah kan. Tak nak teka ke aku nak cerita apa ni? yang pasti bukan lah nak cerita yang seram seram tu. Haishhhh mintak dijauhkan lahhh.

Aku bukan lah orang yang suka stalk somebody tapi once aku start stalk orang tu, aku akan stalk sampai lubang cacing. Sampai semua benda yang aku nak tau tu aku tau. And yes, aku baru je lepas habis stalk somebody someone ohhh whateverrrr. Tu yang otak dengan tangan ni laju je taip macam orang lari pecut 4000m kauuuu.

SPEECHLESS ! ANNOYING SANGAT ! damn . ni huruf kecik jee. Hahaa

Aku stalk apa je? facebook, twitter, wechat and blog je. insta tak pun sebab aku takde insta. Maybe coming soon. Wuuuuu.

Sapa orang yg aku stalk tu? Nama dirahsiakan. Umur pun dirahsiakan. Yang tak rahsianya dia tu lelaki. Hahahahaha k tak lawak pun senanya.

Terharu sangat wehhh aku ni rupanya ex dia yang ke-20 . ohhh my meja kerusi bantal tilam lipstik maskara. *buat muka terkejut lepastu terjun katil yang takde tingkat.

Berapa banyak facebook dia pun aku tak tau lah. Whateverrrr lah. Btw, terima kasih sangat sangat beb sebab aku pernah jadi yg istimewa untuk kau. Kayyy ayat macam mintak kaki kat perut je. Time aku dengan dia tu rupanya dia ada yang lain. Tapi tapi tapi tapi kan kan, baru harini aku tau. Hahahahha ni namanya vengong ke vangang? Tu lahhh. Yess, pengalaman and pengajaran katekooo. Takde dendam ke tak puashati ke apa, takde. Still kawan macam biasa. tapi kau yang block aku kat semua media social ni kan. sokey. kejap block kejap tak. ishh pelik lah kamu ni. hahaha takesah pun. 

Apa yang aku nak cakap sebenarnye ni? entahlahh. Lega sebab aku tau benda ni bila dah lepas semua tuu. Tak sedih mana pun cuma tah lah macam bersyukur pulak rasa tau benda ni bila dah lama. Hahahhah Terima kasih kat kawan kawan yang banyak support aku sebelum ni especially fatihah and shadan. Shadan, terima kasih sangat sangat sebab kau buat aku sedar dengan semua ni. thankss again bestiee. Aku admit aku salah sebelum ni. sekarang ni dah sedar dah bukak mata besar besar dah. Shadan and fatihah, love both of you and also aniza. 

shadan . fatihah
bestiee forever
aniza
Tak serik pun cuma kena hati hati je lepasni. Jaga hati jaga mata jaga hidung jaga telinga senang cite jaga diri yoo wasssap . haha

Apa yang aku belajar, kau tak boleh nak terlalu percaya orang tu 100%. Simpan sikit ragu ragu tu. Ehh nak simpan banyak pun takpe kot. Hikssss. Alhamdulillah sekarang ni aku bahagia dengan life aku sekarang. belajar dulu. Mak Long ada cakap, ni nanti habiskan belajar dulu. Lepas belajar baru keje. Lepas keje baru fikir nak kawin ke apa. Jangan cintan cintun masa belajar ni. hihiii err no komen. kahkahh. tu kan nasihat. okayyy

Selamat malam sayang mak ibu ayah family adik adik kawan kawan cikgu cikgu makcik pakcik jiran dan semua rakyat malaysia . huahahahaha

Kata hati : baik kau sayang benda lain. Jangan lupa Allah.

Fb : Nadia Khalid
Wechat id : nadia_khalid
Twitter : @nadiaakhalid

Thursday, 11 September 2014

U K M . m u a h h h h

ASSALAMUALAIKUMM ......

Hai uollls. Okay lama sangat sangat dah tak update entry baru kat blog ni. Sebab? tak tau lah sebab apa. Bukannya rajin sangat pun nak menaip ni. Kan best kalau aku cakap je kat depan laptop ni lepastu dia terus taip sendiri apa aku cakap. Hahahaha kalau betul jadi macam ni aku orang pertama yang lari. Giler kau kalau jadi betul. Aku rasa bukan aku je yang lari, dengan laptop ni pun meletup sebab terkejut. Haha k tak lawak pun. Tak tak tak....

Okay, lupakan pasal tu. Fokus kat apa yang aku nak ceghitaa pulak ni. Alhamdulillah, aku sekarang ada dekat Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan nak bangga ke riak ke hape, tapi semua ni tak kan dapat kalau tak ada usaha. Nak apa apa kena ada usaha, doa dan tawakal. Dah dapat tawaran ni, banyak sangat benda yang kena sediakan. Rasa macam nak terjun katil pun hado wehh time tuu. Dah lah tak ade experience pun pasal cara hidup kat asrama tu macam mana. Giler tak giler. Yang aku fikir bukan apa yang aku akan belajar kat sana tapi banyak fikir pasal macam mana nak basuh baju, nak makan apa semua. Hahaha jangan gelak jangan. Nak gelak jugak tutup mata. Lepastu belum pergi lagi nih dah tengok kat jadual bila tarikh cuti. Tapi bukan aku sorang kot yg macam ni. bebudak lain pun sama rasanya. Rasanya lahhhh.

Hari pertama tu, macam biasalah family hantar. Pong pang pong pang tiba masa mak ayah nak balik. time tu jangan cakap lah feel dia macam mana. korang sendiri pun tau kan. Dah peluk cium apa semua, ada rasa mata tu pedih macam baru lepas potong bawang 10 kilo woii rasa dia. Menci tauuu. Lepas je mak ayah pergi, memang tak toleh belakang, sebab nak dorang tau anak dorang ni kuat, bukan kuat nangis tau. Takmo takmo fikir macam tu. Hihiiii. Taip pasal ni pun aku dah sediakan tisu sedozen kat sebelah. Kot kot lah banjir kan. Shutttttttt. love u mom and dad. tepuk tepuk sayang. 

Tipu kalau mula mula tak rasa lonely. Lonely wehhhhhhhh. Tak ada kawan. Jumpa jumpa tegur sapa sapa mesti ayat cliche yang keluar. “nama sapa, orang mana, kos apa, blok mana” bla bla bla bla. Kadang macam ehhhhh. Kening naik acah acah ziana zain katekooo. Yang tak boleh bla betul minggu orientasi ni. laka laka. Pagi rapat dengan orang lain, tengahari orang lain, petang dengan malam pun sama. Sampai bila jumpa balik tak ingat nama pastu tanya benda yang cliche tu lagi. Padahal dah borak borak tepuk tampar sama sama.


simbolik Kolej Keris Mas

MEP DAN PC

Bangunan Kolej Keris Mas

selfie dgn ketua eksekutif pelajar

gambar hiasan

UKM memang ohsem lahhh. Siyesss cakap. Lagi lagi kolej yang aku stay ni. havoc ke? Hahaa. ukm ni banyak kolej.. aku kat ukm bangi. antara yang aku ingat lah kolej Burhanudin helmi, Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pendeta Zaaba dan lain lain lagi. ada berapa semuanya pun tak tau lah. hahaa. ni memang layak kena siku dengan cangkul wehhh sebab tak ingat. heeee . okayy, aku dapat Kolej Keris Mas. Semua MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) dan PEMUDAH CARA (PC) kat KOLEJ KERIS MAS ni tersangat sangat lah sporting habiss. Aku dari group T. Group ni memula aku tak kenal sape sape pun. Nama pc aku sendiri pun aku tak tau memula, tapi lama lama tau lah. PC group ni abang razis dan kak mena. Tak kira nak panggil kak mena jugak even sama umur sebab respect kat dia. heheee ahli ahli group T ni pun ada yang aku tak kenal dan tak ingat nama lagi. Haha takpe takpe banyak masa lagi untuk kenal kenal. ye dak?

Aktiviti sepanjang 3M ni Minggu Mesra Mahasiswa ni gempak habiss. Mantap ! lagi lagi bila belajar cheers. Ingat senang ke nak hafal step cheers tu. Susah memula tapi disebabkan ada perang cheers kat DECTAR, semua berkobar kobar buat cheers ni. sorry, lupa apa nama betul DECTAR. Heheee. Layak kena penumbuk dengan penyapu sebab tak tau DECTAR tu apa. Peace yaww ! suka cheers "kita kawan kan, kita kawan kan" sebab comel sangat sangat macam aku. hahaha ni bukan perasan tapi kenyataan. lam wau lam. 

Untuk hari ni, ni jelah yang aku nak cerita. Sebab benda ni akan bersambung. Banyak lagi nak ceghitaa.  Esok kot. Tengok lah kalau ada rajin tu disebalik kemalasan yang melanda.

UKM . KOLEJ KERIS MAS . PERSURATAN MELAYU . COMEL . heheee

siapakah?

atototooo

Kata hati : apa pandang pandang? Senyum lah . jaga diri kat tempat orang .

Fb : Nadia Khalid
Wechat id : nadia_khalid
Twitter : @nadiaakhalid