You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Thursday, 17 September 2015

#tudungmerah !!


Assalamualaikum w.b.t.

berangan lebih
16 September tiap tahun memang sambut Hari Malaysia kan so 1 Malaysia cuti lah kan. Hari tu aku memang ambil kesempatan terus untuk beli tiket balik kampung weh. Plan pumpang pumpang *bunyi kompang sekali dan yang jadi lain. Biasa. Tak sedih cuma rasa seghonokkkk dan penat lah of course. Orang yang tak penat tu bukan orang tu orang-orang nama dia. Hihiiii.

Sehari sebelum 16hb tu 15hb lah kan ada pilihan raya kampus UKM. Gilaa kau kalau tak turun mengundi, nak kena buang kolej buat lah macam tu. Ugut ke tu? Whateverrr. Dan undi tu rahsia. Haa rahsia sangat sangat tau. SANGATTTTTTT. Motif betul capslock tu kan. Bagi yang menang tu diharapkan dapatlah memegang amanah tu dengan jujur, ikhlas dan adil. Yang kalah tu jangan nangis. Dah tu je.

Plan hari rabu tu pergi TBS just untuk beli tiket then balik. That’s all. Simple and sweet. Plan pergi berempat lah lepahtu dua orang baru bangun tidur so pergi lah berdua. Apa pun jadi, plan tu mesti dijayakan dengan jayanyaa. Felamakkk!

Bukan nak cakap apa, bila naik bas yg menuju ke ktm tu dia punya feeling macam naik roller coster weh. Betul, takan lah nak tipu kan. Boleh pulak dekat ktm tu terjumpa dua orang classmate jugak. Menggedik lah berempat bila jumpa macam tak pernah jumpa 10 tahun je. Tah pape perangai.budak dua orang tu nak pegi tbs jugak lepstu pegi Jalan Tar.

murah murah 2 rm1 kah!
JALAN TAR.

Capslock sebab terpana terkedu dan ter ter yang lain. Perempuan nila dengar tempat tu boleh hysteria time tu jugak. So beware untuk lelaki sekalian. Dua orang tu kwajo jugak tau perli pakai cun cun ni nak pegi tbs je pahtu balik. Sedih tau, kalau banjir ktm tu jangan salahkan aku lah. Dua orang tu tak ajak pun, aku berdua dengan kawan offer diri nak ikut. Dia punya cakap nak ikut tu tak lah sampai merayu tapi macam monyet nak pisang ha cemtu lah. Engkorang bayang sendiri. Tak kuasaa aku nak join banyangkan sekali
.
nampak ke apa aku nak sampaikan daripada gambar ni?
Naik ktm sampai lah Bank Negara. Aku rasa masa tu rasa nak pegi beli tiket ktm balik UKM je tau. Serius! Dia punya takut menggeletar tu sama macam kau kena duduk sorang dalam bilik gelap. Imagine lah sendiri sukati engko. Mana taknya ramai gila yang pakai baju merah. Sis curius apa depa buat semua dengan bunyi bising lagi kan. Rasa macam nak ikat badan kat pokok rambutan je sebab tak tau semua ni. Macam pergi salah hari. Beranikan diri lah pegi je jalan makan dekat SOGO. Hihi. Dekat dalam food court dia je. Bukan nak cakap apa, nasi ayam dia sedap bakhanggggggg.

semua cantik cantik takde yang tak cantik
Yang dinanti nanti dah tiba bila keluar je sogo terus pegi jalan tar. Engko bayangkan lah syurga perempuan kat situ weh. HEAVEN! Kalau kau tak rambang mata terjuling juling sampai terjeling abang Pakistan jual baju kat situ memang tak sah. Nak dapat harga barang lagi murah engko kenyit mata lah. Tu pun nak kena ajar ke? Cikgu engkorang ada ajar kan dulu kat sekolah? Hahahahaa.

bila penat engko boleh pegi kedai beli jajan ke suratkhabar ke lepak japp
10 ribu langkah sehari memang aku dengan bangganya Berjaya! Tamo lah jealous k. Perempuan perempuan ni kalau nak kurus tu pegi je jalan tar ni, bukan 10 ribu langkah je yang engkorang dapat, entah entah lebih. Percaya lah cakap sis ni. Tawaf lah engkorang tempat tu banyak kali.

pilih pilih, abam belakang tu bayar jangan risau kak
Memang cerita dia kat situ makhluk berbaju merah berlegar legar kat merata tempat. Buat sis nak terkencing terberak pun ada. Kahkah! Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Sis cuak jugak sebab sis pakai tudung merah kang depa ingat sis join depa jugak. Kena kejar dengan parang kang dengan mak. Hahahahaha! Dah tu mak call lah tanya apa semua and told her don’t worry im okay. Pehhh speaking doh dengan mak. Bila lagi kan nak riak. Choiii.


ramai betul kannnn.
Dah siap borong karpet apa semua time balik tu ramai aa dekat ktm tu. Balik penat memang penat. Roommate pulak baru balik mandi air terjun kat semenyih pulak tu. Dua dua penat terbongkang macam apa. Sekian tu je.taklah menarik sangat daripada cerita korang. banyak lagi aku nak bebel tapi engkorang pun bukan suka malah nak muntah naik muak bagai kan. okay lah okayy baiii.

sini pun ada orang merah

jangan lari nanti jatuh

bila tunggu kawan engko tak siap lagi pilih karpet haha!


Kata hati : selagi boleh borong, kau borong sekali abam Pakistan tu. LOL!

Monday, 14 September 2015

*hati hati dengan hati


Tak pernah terjangkau bila kena hadap atau terima sesuatu yang belum bersedia lagi untuk terima. Absolutely yes memang kena belajar terima kenyataan tapi semua tu makan masa yang lama kan. Manusia ada masa dia tabah ada masa dia kecundang jugak. Normal lah beb.

Kepercayaan.

Apa ada pada percaya? Bila seseorang letakkan kepercayaaan pada seseorang dan seseorang itu pula mengkhianati kepercayaan yang diberi?

Kita hidup ni kena sedar banyak mata mata yang memandang dan memerhatikan malah mengkritik. Hati hati.


Cuma satu kena ingat, solat jangan tinggal. Hormat mak ayah selagi masih ada. Selagi masih hidup ni banyakkan lah bersabar jangan terlalu ikut hati dan emosi.

Sunday, 13 September 2015

*new semester



Assalamualaikum w.b.t


Rasa macam lupa pulak sebenarnya ada blog nih. Sengaja melupakan kot. Mana tak nya life sekarang ni busy yang teramat. Haa macam melampau pulak kan yang teramat tu padahal takde lah busy mana pun mungkin mem”busy”kan diri. Maybe. *angkat kening gaya ziana zain 5 saat je dah cukup takyah lama lama.

Start my new semester be a senior. Eheheheheeee. Hari first kelas isnin tu tak tahu nak terharu ke simpati kat diri sendiri sebab rasa macam freshie kauuu. Dah kalau banyak tempat berubah macam kat kolej, library and others. Bahasa campur pun campur lah ye dakk? And one more, banyak lupa nama kolej dengan kelas kat mana. Nak kena lastik dahi ni agaknya baru ingat. Bayangkan lah last sem habis je exam memang tinggalkan terus semua pasal tempat belajar ni, tak nak ingat sangat pun lepas keluar je pintu pagar besar yukeyemm tu. Nak memanfaatkan cuti katanya tanpa memikirkan tentang tempat belajar jatuh bangun diri duduk yang terchenta woiiii. Ingat kelakar ke haa?

Macam tak menarik je entry kali ni kan. Kalau nak tau menarik ke tak kena selam life aku dulu lah. Berani ke? Rasa nak tulis entry ni pun sebab last week dalam kelas lecturer tu ada cakap pasal blog. So automatic terus menerjah kat kotak fikiran sis ni yang rupanya sis ada blog cuma bukan tak ingat tapi lupa. Tak kelakar kkkkk!

Okay that’s all.

Kata hati : jangan biarkan hidup anda diselubungi masa lalu