You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Thursday, 20 November 2014

HIDUP AKU, NI CERITA AKU

Assalamualaikum ….

Hai uolllssssssss ! rasa lama giler dah tak intai velogg yang cecomel ni. Nak kata sibuk tu sibuk lah jugak . Nak kata tak sibuk tu, macam tak sibuk. Entah lah….

Pengalaman hidup kat tempat aku belajar ni memang sukar nak diceritakan. Nak gambarkan pun tak tahu macam mana lagi lah kalau suruh tulissss. Seriyes kat sini hidup memang kena berdikari sangat sangat ! kena kuat dari segi fizikal dan mental. K ayat skema sangat, geli dohhhh. K stop.

Aku ni bukan orang yang pandai sangat bercakap kat depan orang ramai. Pemaluu wehh. Dah banyak kali cuba berubah lepastu cuba praktik macam macam cara tapi tak jalan jugak, merangkak je sudahnya. Wuhuuu.

Ni nak habaq ni, ada lah dalam kelas ni kena lah explain pasai diri kita selama dua minit. Kau rasa dua minit tu macam kejap je kan tapi bila dah berdiri dekat depan semua tu, dua minit tu rasa macam dua jam wehhhh. Cemana ni… rasa dia macam nak pengsan. Bayangkan nervous dia tu macam mana. Nampak sangat kan kurang keyakinan diri. Ha ha ha. Diri depan semua orang tu rasa dia kecik besar kecik besar je. Pemalu tahap apa pun tak tau lah. Tolonglah bagi keyakinan diri ni wehh. Sumpah tak pandai nak bercakap depan orang. Kelemahan nampak sangat. Depan kawan kawan tu pandai lah cakap, membongak apa semua. Tapi part dengan orang ramai tu sumpah kelaut weh. Orang lain sibuk lah potpet potpet macam macam, yang aku ni krik krikk je. Dussss !

Sebelum kena panggil tu dah prepare tau nak cakap apa tapi bila dah kat depan tu terus lost weh semua benda nak cakap. Maybe jugak sebab prof tu handsome kot. Depan semua tak tau nak cakap apa, kat sini pun dah tak tau nak cakap apa. Bosan kan. Tau dahhhhhh.

Tentang aku? Aku pemalu malu malu malu lu lu lu luuuuu. Ha ha ha. Memang suka senyum tapi bila tak senyum tu mesti something wrong somewhere kot, kot lah. Suka makan jugak. Bila stress memang aku akan makan tak berhenti walaupun tak rasa nak makan and dah kenyang pun. Lepastu tido. Stress ni buat aku tido macam tido mati. Dah tu bila stress nak exam tu kadang aku boleh pegi baca novel. Tah pasaipa.

Haaaaaa ! selalu tengok kat tv dalam drama ke apa lepastu baca novel ada je part atau adegan yang bawak buku banyak lepastu terlanggar lepastu kenal lah each other. Hm hmm kenapa tak ada bila kat sini. Kenapa???? Kah kah kah. This is what we call as poyooooo ! kalau ada kan best. Aumm aumm… tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, kat sini adalah err bukan minat tapi cuma suka tengok je, tengok okayyy. Abam tu comel putih. Then bibir dia pink. Hahahaha ! comel kot. Tah nama sapa pun tak tau. Takan nak bagitau nama kot, mampuihhh lah.

K dah ni je yang boleh tulis. Next time lah kalau ingat velog ni nanti tulis lah entry baru kan. Tak ingat memang berhabuk lahhhh. sorry lah panjang sangat. bye. 

Kata hati : doakan aku jadi secantik cantiknya, secomel comelnya dunia akhirat. InShaa Allah.

Fb : nadia khalid
Twitter : nadiaakhalid
wechat id : nadia_khalid

Saturday, 13 September 2014

terkezutttttt gegirl !!!

Assalamualaikum..

Tak tau lah pasaipa tetiba je saka rajin ni mai dahh kat tangan lepastu taip mende ni semua. Memalam ni nak cerita apa tak tau lah kan. Tak nak teka ke aku nak cerita apa ni? yang pasti bukan lah nak cerita yang seram seram tu. Haishhhh mintak dijauhkan lahhh.

Aku bukan lah orang yang suka stalk somebody tapi once aku start stalk orang tu, aku akan stalk sampai lubang cacing. Sampai semua benda yang aku nak tau tu aku tau. And yes, aku baru je lepas habis stalk somebody someone ohhh whateverrrr. Tu yang otak dengan tangan ni laju je taip macam orang lari pecut 4000m kauuuu.

SPEECHLESS ! ANNOYING SANGAT ! damn . ni huruf kecik jee. Hahaa

Aku stalk apa je? facebook, twitter, wechat and blog je. insta tak pun sebab aku takde insta. Maybe coming soon. Wuuuuu.

Sapa orang yg aku stalk tu? Nama dirahsiakan. Umur pun dirahsiakan. Yang tak rahsianya dia tu lelaki. Hahahahaha k tak lawak pun senanya.

Terharu sangat wehhh aku ni rupanya ex dia yang ke-20 . ohhh my meja kerusi bantal tilam lipstik maskara. *buat muka terkejut lepastu terjun katil yang takde tingkat.

Berapa banyak facebook dia pun aku tak tau lah. Whateverrrr lah. Btw, terima kasih sangat sangat beb sebab aku pernah jadi yg istimewa untuk kau. Kayyy ayat macam mintak kaki kat perut je. Time aku dengan dia tu rupanya dia ada yang lain. Tapi tapi tapi tapi kan kan, baru harini aku tau. Hahahahha ni namanya vengong ke vangang? Tu lahhh. Yess, pengalaman and pengajaran katekooo. Takde dendam ke tak puashati ke apa, takde. Still kawan macam biasa. tapi kau yang block aku kat semua media social ni kan. sokey. kejap block kejap tak. ishh pelik lah kamu ni. hahaha takesah pun. 

Apa yang aku nak cakap sebenarnye ni? entahlahh. Lega sebab aku tau benda ni bila dah lepas semua tuu. Tak sedih mana pun cuma tah lah macam bersyukur pulak rasa tau benda ni bila dah lama. Hahahhah Terima kasih kat kawan kawan yang banyak support aku sebelum ni especially fatihah and shadan. Shadan, terima kasih sangat sangat sebab kau buat aku sedar dengan semua ni. thankss again bestiee. Aku admit aku salah sebelum ni. sekarang ni dah sedar dah bukak mata besar besar dah. Shadan and fatihah, love both of you and also aniza. 

shadan . fatihah
bestiee forever
aniza
Tak serik pun cuma kena hati hati je lepasni. Jaga hati jaga mata jaga hidung jaga telinga senang cite jaga diri yoo wasssap . haha

Apa yang aku belajar, kau tak boleh nak terlalu percaya orang tu 100%. Simpan sikit ragu ragu tu. Ehh nak simpan banyak pun takpe kot. Hikssss. Alhamdulillah sekarang ni aku bahagia dengan life aku sekarang. belajar dulu. Mak Long ada cakap, ni nanti habiskan belajar dulu. Lepas belajar baru keje. Lepas keje baru fikir nak kawin ke apa. Jangan cintan cintun masa belajar ni. hihiii err no komen. kahkahh. tu kan nasihat. okayyy

Selamat malam sayang mak ibu ayah family adik adik kawan kawan cikgu cikgu makcik pakcik jiran dan semua rakyat malaysia . huahahahaha

Kata hati : baik kau sayang benda lain. Jangan lupa Allah.

Fb : Nadia Khalid
Wechat id : nadia_khalid
Twitter : @nadiaakhalid

Thursday, 11 September 2014

U K M . m u a h h h h

ASSALAMUALAIKUMM ......

Hai uollls. Okay lama sangat sangat dah tak update entry baru kat blog ni. Sebab? tak tau lah sebab apa. Bukannya rajin sangat pun nak menaip ni. Kan best kalau aku cakap je kat depan laptop ni lepastu dia terus taip sendiri apa aku cakap. Hahahaha kalau betul jadi macam ni aku orang pertama yang lari. Giler kau kalau jadi betul. Aku rasa bukan aku je yang lari, dengan laptop ni pun meletup sebab terkejut. Haha k tak lawak pun. Tak tak tak....

Okay, lupakan pasal tu. Fokus kat apa yang aku nak ceghitaa pulak ni. Alhamdulillah, aku sekarang ada dekat Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan nak bangga ke riak ke hape, tapi semua ni tak kan dapat kalau tak ada usaha. Nak apa apa kena ada usaha, doa dan tawakal. Dah dapat tawaran ni, banyak sangat benda yang kena sediakan. Rasa macam nak terjun katil pun hado wehh time tuu. Dah lah tak ade experience pun pasal cara hidup kat asrama tu macam mana. Giler tak giler. Yang aku fikir bukan apa yang aku akan belajar kat sana tapi banyak fikir pasal macam mana nak basuh baju, nak makan apa semua. Hahaha jangan gelak jangan. Nak gelak jugak tutup mata. Lepastu belum pergi lagi nih dah tengok kat jadual bila tarikh cuti. Tapi bukan aku sorang kot yg macam ni. bebudak lain pun sama rasanya. Rasanya lahhhh.

Hari pertama tu, macam biasalah family hantar. Pong pang pong pang tiba masa mak ayah nak balik. time tu jangan cakap lah feel dia macam mana. korang sendiri pun tau kan. Dah peluk cium apa semua, ada rasa mata tu pedih macam baru lepas potong bawang 10 kilo woii rasa dia. Menci tauuu. Lepas je mak ayah pergi, memang tak toleh belakang, sebab nak dorang tau anak dorang ni kuat, bukan kuat nangis tau. Takmo takmo fikir macam tu. Hihiiii. Taip pasal ni pun aku dah sediakan tisu sedozen kat sebelah. Kot kot lah banjir kan. Shutttttttt. love u mom and dad. tepuk tepuk sayang. 

Tipu kalau mula mula tak rasa lonely. Lonely wehhhhhhhh. Tak ada kawan. Jumpa jumpa tegur sapa sapa mesti ayat cliche yang keluar. “nama sapa, orang mana, kos apa, blok mana” bla bla bla bla. Kadang macam ehhhhh. Kening naik acah acah ziana zain katekooo. Yang tak boleh bla betul minggu orientasi ni. laka laka. Pagi rapat dengan orang lain, tengahari orang lain, petang dengan malam pun sama. Sampai bila jumpa balik tak ingat nama pastu tanya benda yang cliche tu lagi. Padahal dah borak borak tepuk tampar sama sama.


simbolik Kolej Keris Mas

MEP DAN PC

Bangunan Kolej Keris Mas

selfie dgn ketua eksekutif pelajar

gambar hiasan

UKM memang ohsem lahhh. Siyesss cakap. Lagi lagi kolej yang aku stay ni. havoc ke? Hahaa. ukm ni banyak kolej.. aku kat ukm bangi. antara yang aku ingat lah kolej Burhanudin helmi, Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pendeta Zaaba dan lain lain lagi. ada berapa semuanya pun tak tau lah. hahaa. ni memang layak kena siku dengan cangkul wehhh sebab tak ingat. heeee . okayy, aku dapat Kolej Keris Mas. Semua MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) dan PEMUDAH CARA (PC) kat KOLEJ KERIS MAS ni tersangat sangat lah sporting habiss. Aku dari group T. Group ni memula aku tak kenal sape sape pun. Nama pc aku sendiri pun aku tak tau memula, tapi lama lama tau lah. PC group ni abang razis dan kak mena. Tak kira nak panggil kak mena jugak even sama umur sebab respect kat dia. heheee ahli ahli group T ni pun ada yang aku tak kenal dan tak ingat nama lagi. Haha takpe takpe banyak masa lagi untuk kenal kenal. ye dak?

Aktiviti sepanjang 3M ni Minggu Mesra Mahasiswa ni gempak habiss. Mantap ! lagi lagi bila belajar cheers. Ingat senang ke nak hafal step cheers tu. Susah memula tapi disebabkan ada perang cheers kat DECTAR, semua berkobar kobar buat cheers ni. sorry, lupa apa nama betul DECTAR. Heheee. Layak kena penumbuk dengan penyapu sebab tak tau DECTAR tu apa. Peace yaww ! suka cheers "kita kawan kan, kita kawan kan" sebab comel sangat sangat macam aku. hahaha ni bukan perasan tapi kenyataan. lam wau lam. 

Untuk hari ni, ni jelah yang aku nak cerita. Sebab benda ni akan bersambung. Banyak lagi nak ceghitaa.  Esok kot. Tengok lah kalau ada rajin tu disebalik kemalasan yang melanda.

UKM . KOLEJ KERIS MAS . PERSURATAN MELAYU . COMEL . heheee

siapakah?

atototooo

Kata hati : apa pandang pandang? Senyum lah . jaga diri kat tempat orang .

Fb : Nadia Khalid
Wechat id : nadia_khalid
Twitter : @nadiaakhalid

Sunday, 23 March 2014

comel tu aku. hahaa

Assalamualaikum...

Sekarang ni macam semua tau lah kan, negara Malaysia sedang diperhatikan atau senang cite di ‘usha’ di mata dunia tentang misteri kehilangan pesawat MH370. Pray for MH370. Apa yang jadi semua ada hikmahnya. In Sha Allah. Kita kena fikir dari sudut positif. Jangan dok kalut pikiaq yang negatif okay. Takmo takmo. And to all, janganlah sebar benda benda spekulasi semua tu. Wait and see and also pray. Dah penat ‘sembunyi’ nanti lama lama keluar lah pesawat tu. Okayy. In Sha Allah...........

Tapi aku bukan la nak cerita pasal kapal terbang ke bomoh ke jerebu ke tak ada air ke. Tak tak tak. Aku nak cakap ni..... aku nak cite pasal kucing aku. hahaa. Comel giler kucing kucing aku. ada tiga ekor anak kucing. bukan ekor dia je, badan kepala kaki tangan mata semua ada. Cukup sifat. Hiii.

Anak kucing ni ada 4 ekor sebenarnya lah. Tapi lagi sekor tu dah mati sebab kena langgar dgn kereta. Sedih kot. Tapi nak buat macam mana kan. Tanam jela lepastuu.

Aku bukan takut dengan kucing tapi tapi tapi cuma geli. Suka kucing tapi geli bila dia mengiau2 pastu nak memanja kat kaki. Acah acah nak lompat kat aku ke gitu ha. Rasaa macam seramm bak hangggg ! takut kena cakarrrrrrr. Hahaaa. Pastu mula lah menjerit kalau dia lompat tetibe kan. Agak agak sekampung dengar aku jerit macam tu baru aku berhenti jerit. Poyos kannn.

Aku tak berapa berani nak pegangpegang, belai belai and pelukpeluk kucing tu. Tapi aku suka kucinggggg. Lantakk la kan. Ha nyampah giler bile ada adik aku yang acah acah nak bagi aku kucing2 tu. Acah acah letak kat badan la hape lah. Memangggggg memang aku lari. Aku pelik dengan adik adik aku siap cium peluk bagai kucing tu. Ada jugak kadang kena cakar. Hahaa. Tu yang aku tak berani.

Walaupun aku geli ke hape, tetap bagi makan tau. Sampai kenyang. Selalu aku bagi ikan, ayam, daging kambing or lembu, ketam, udang.... hahahaha kalau ada yang percaya aku bagi ketam apa semua tu memang korang double triple sengal. Haha agak agak lah kan nak bagi makan tuu. Ada hari tu, mak kucing ni dapat tikus besar kat belakang rumah aku, yela belakang rumah aku kan pokok kelapa sawit. Mestilah banyak tikuss. Mak kucing tu makan kepala tikus je, pastu dia bagi kat anak anak dia yang tiga ekor tu. Tapi sekor je yang dapat and bawak lari. Haha kesian kot yang lagi dua tu. Mak kucing ni memang penyayang giler. Dah tu, dia pun tak sampai hati kot, pegi cari lagi tikus. Dapat laa sekor tikus lagi. Anak tikus. Sekor je dapat makan tikus tu. Lagi sekor tengok je. korang rasa kesian tak? Tak lama lepastu mak kucing tu bawak lagi sekor tikus. Lastly, semua anak anak kucing yang comel tu pun dapat tikus. Aku tengok kucing2 tu makan tikus pun geli woiii. Aku tak bagi masuk rumah.... haha jahat kan.

Ni ada banyak gambar kucing kucing aku. berphotoshoot seyh kucing kucing ni. ada yang suka, ada yang nak lagi, ada yang malu maluu. Orang kata, bile kita amik gambar kucing, kucing tu cepat mati? Sejauh manakah kenyataan ni betul? Hope sangat takkk. Macam macam ragam betul kucing ni. 

apa tengok tengok

ni adik beradik kita

hmm hmm

aku comel. hihi

alaaa janganlaa malu kita

kita lapaaaaa

no komen



mana tikus niiiii.


bulan mengambangg







macam anak patung dah dia

sudikah dikau?


kita maluuu sangat












ha comel kan .. jangan nak jelly tau. hahaha. pastu kalau ada sapa yang berminat dengan kucing ni, boleh je bagitau. bagitau je, tapi jangan harap la aku nak bagi. haha.

kata hati : ada sesapa yang nak bela buaya ke? ohh buaya darat banyak. lalalaaa

Friday, 7 March 2014

TAJUK TAK ADA

ASSALAMUALAIKUM

Memang rasa malasss sesangat nak update entry baru ni. yelaa bukan ada cerita best pun. Ada yang cakap blog aku yang cecomel ni panjang sangat. Haha. Eh sukahati aku la kan nak buat jadi panjang ke nak pendek ke kan. Panjang panjang cemni tak ada yang nak baca. Okay tak kesah pun kalau tanak baca. Ni pun just suka suka je. hihiii.

Nak buat entry ni pun malas apatah lagi lah kena baca buku untuk exam repeat ni. kemalasan kemelandaannye pun adoiii. Bukan nak cakap apa lah kan. Rasa memang tak ready nak exam next week. Fefaham jela kan, aku budak form6. Umur pun baru 17. Hee sweet 17 la kata kann. Sorry aku memang tak ada sediakan baldi untuk korang. Hehee. Hari ni dah hari apa, Sabtu wehh. Exam aku khamis ni. tapi dengan selamba badak sumbu yang paling comel, buku tu macam tak ada function. Haihhh kalau lah setiap kali malas ni dapat duit. Fuuuu kaya wehh aku. bayangkann.... kelipkelip mata sikit.

And macam tak ada function pulak aku tulis entry kali ni and korang pun macam tak ada function jugak pegi baca blog aku yang comel ni. mihmihmih. Ahh lantak ketawa apa tah tuuu. Bosan kann. Hmm sangattttttttt !!!!

Korang semua mesti ada masalah kan. Tipu lah kalau tak ada. Nak habaq sikit ni. tak payah la korang nak lari jejauh mana pun sampai masuk dalam lubang cacing ke hape. Sebabya, masalah korang tu tetap setia follow kat belakang korang sambil sengih sengih. Yang paling bestnya siap tunjuk peace and kenyit kenyit mata woii. Tak caye? Bila korang lari dari masalah tu cer toleh belakang and tengok ada tak masalah tu. Kalau ada say HAI sikit. Hee. So, better korang face to face dengan masalah tu dengan gentle lah kan. Baru la nampak sweet. Amboiiii. Dengan senang hatinya masalah tu akan berambus dari life korang. K tu je nak cakap sebenarnya.. bukan untuk korang je tapi aku pun cakap untuk diri aku sendiri.

Ni rasanya entry paling pendek aku pernah buat. Rasanya lahhh. Dah lah tak ada benda nak tulis lagi pun. Korang pun bukan nak baca pun kan. Memang. Langsung tanak baca. Merajukkkk. Hihiiii tapi kenapa baca sampai habis ni? sapa? Korang laa. Btw, thankssss. K lah see ya next entry. Kalau rajin.

Kata hati : aku comel. Haha nak cakap ni je sebenarnya. kbye

fb : zaied deiaz II
wechat id : nadia_khalid
twitter : @nadiaakhalid

Tuesday, 25 February 2014

KERJA "MISSION COMPLETED"

Assalamualaikumm.....

Entry kali ni memang nak sambung entry yang lepas tuu. Yang lepas tu pasal apa? Nak tau baca sendiri baru baca entry yang kali ni punya okay. Sebab rasa macam kau akan pengsan secara mengejut bila terus baca entry yang ni and tak baca yang lepas punya. Baik pegi baca dulu. Tak nak? Kesah pulak aku? lalalaaaaa..

Sebab kawankawan aku berhenti keje? Nanti la duluu eh. Relax. Ni nak cerita hari ketiga aku keje ni. hari ketiga ni baru rasa apa yang kawankawan aku rasa sampaikan dorang tu berhenti. Tu bahasa sopannya, bahasa yang lagi sopannya ialah cabut keje. Haha. Biasalah budak baru kan, still learn how to use mesin duit tu and everything laa. Aku dah lah tak pakai jam, asyik tanya orang yang ajar aku kat kaunter tu je sekarang pukul berapa. Tu la soklan femes aku. rasa menyampah jugak agaknya orang tu. Peduli apa aku. dua orang kawan aku lagi tu dapat sama tempat kaunter la dekat hypermarket. Nasib baik tak ramai orang, so dapat la kehulur kehilir jenjalan borak borak dengan kawan cashier lain, dengan pak guard, dengan sape2 jela. Haha. Tak lawak pun senanye.

Arghhhhh ! masa tu ada customer cina yang beli err beli err arak. Ohhmaii... masa tu aku ni tengah belajarbelajar lagi scan barang and so on kan, so dengan selamba badak sumbu yang comel tu pegi la pegang botot tu, scan and letak dalam plastik. Masa tu aku tak tau tu arak tapi dalam hati feel weird and feel something yang lain. Tanya cashier yang dengan aku tadi tu air apa?

Aku : awak, tadi tu air apa? *dengan muka blur and macam vongok jugak*

Dia : laa, awak tak tau ke? Tadi tu arak.

Aku : and i was like....... hmmm

Korang rasa apa? Aku dah jual benda tu wehhhhhhh .... aku rasa masa tu macam gigi aku berterabur jatuh kat lantai then kena kutip satusatu kat lantai. Otak macam terkeluar dari kepala. Kaki macam dah tercampak masuk dalam troli customer. Hati? macam tertinggal kat hostel. That time rasa macam tak berguna dengan diri sendiri. okay okay lepastu berlagak hensem, macho je terus. Satu hari tu aku macam tak ada kat dalam diri aku sendiri. giler betulllll... then cite kat kawan yang dua orang tu. Ohh dorang pun sama. Carlsberg lagi. That time jugak satu je ada dalam kepala hotak ni. BERHENTI. Ha huruf besar lagi tu woii. Dah nekad dah time tu. Balik je rumah terus search uncle youtube and abang google pasal hukum semua tu. And lastly tanya cikgu jugak. Dah dapat jawapan memang semua rasa nak jerit biar satu dunia dengarrrrrr. Hahaha

selfie dulu sebelum ponteng. haha belakang tu hostel :D

si comel comel
comel jugak
Hari keempat kitorang ponteng keje sebab dah plan nak cabut and berhenti keje. Hahaha. Budak baru tapi dah pandai ponteng. Haishh berani mati time tu. Ponteng keje then pi cari keje kat tempat lain. Wiwwit. Penat tu jangan cakaplah bertiga ni. 4 tempat kitorang pegi and ada satu tenpat tu nak kitorang keje hari tu jugak tapi jadi promoter. Memang tu yang kitorang nak. Tapi masalahnye tade transport kalau balik malam. Uiii takutt. Mana ada lesen wehh. Lesen agung ada la. Balik rumah cepat and tidur. eh tak terus tidur. malam tu pegi lepak dengan adik kitorang kat kedai makan. Cite la kat dia and dia macam sedih nak lepaskan kitorang. Dia taknak kitorang berhenti keje sebab dia cakap nanti dia tak ada kawan kat sana.cashier yang lain banyak yang gedik especially perempuan. Haha. Dia sampai offer nak bagi pinjam moto dia kat kitorang. Apa lagi gelak tak hingat la. Dia nak kitorang pacak tiga ke hape naik moto tu. Hahaha adik adikkk. Tapi malam tu jugak la moto dia rosak teruk sebab adik dia excident guna moto dia tuu. Tak tau nak cakap apa lah. Pasal ni aku rasa aku ada tulis dah kat entry yang lepas. Cari lah sendiri.

Esoknya datang keje kena panggil dengan supervisor. Haha. Ingat kena marah, rupanya tak. Dia tanya bebaik kenapa tak datang keje. Kitorang memang dah plan nak bagi jawapan ape. Hiks. Kitorang cakap semalam ada urgent kena pegi sekolah then dah setle semua balik rumah japp jumpa family. Supervisor tu cina, so kitorang nak cakap masalah kitorang pasal benda tu serba salah kang dia kecik hati ke apa kan. Dia tanya kitorang diam je and dia bagi masa tuk fikir. Fikir pasal apa pun tak taulah. Layankan je. hehe

Time tu kitorang terus kena training kot nama dia. lupa. So bile dah train tu esoknya dah boleh bukak kaunter sensorang. Arghhhh seteghess bak hang masa tu. Okay chill lah masa tu. Kitorang buat la semua apa yang akak tu nak ajar and train. Macam ujian jugak la. Lagi apa yang jadi aku tak ingat. Balik keje time tu pukul 11. Bertiga jalan kaki balik hostel. Jauh jugak la dalam 15minit camtu. Takpe nak keje punya pasal. Balik rumah.... terus plan nak cabut and kemas barang barang. Haha ingat nak lari malam tu jugak bila semua akak akak dalam rumah tu dah tido like pukul 1 ke TAPI sapa yang nak amik malam malam? Hohoho so tangguh plan esok je. dah call parents semua and esok memang akan lari dari hostel tu. Hahahahahahahaha ketawa jahat

Kat hostel ni aku belajar banyak benda dengan linda and sikin. Banyak sangat memory. Especially milo goncang, milo crunch, masak megi, megi telur and so on. Memang berdekah bila ingat balik. esoknya tu dah nekad memang nak lari. Aku suruh ayah aku datang amik tengahari macam tu sebab ada sorang akak tu masuk keje noon kot. So takan lah nak lari time dia ada, kantoi nanti. Lastly, dia keluar, pegi makan kot. Ha apa lagi, semua macam sengihsengih macam monyet dapat cekelet. Yela mission dah nak berjaya. Aku pun amik la kertas and pen tulis note sikit. Ececehh mestila kena beradab jugak kan even cara lari ni tak beradab. Kahh! Tulis kami mintak maaf and bla bla bla and then letak note tu atas katil akak yang baik dengan kitorang.

Jengjengjeng. Pukul 11 kot ayah aku datang amik. Bukan semua benda lekat dalam otak aku ni. kena refresh balik pun tak ingat jugak. Cane tuu? Hiiii. Angkut semua barang yang berlambak banyaknye tu. Keluar rumah tu pun dah macam pencuri rasa dia. haha memang tergelak habis la dalam kereta. Sampai rumah. Fuhhh heaven betul. Yela time tu takut kantoii dengan sorang akak tu, takut tetibe dia balik pulak. Apapunnnnnn...

                                                          MISSION COMPLETED...

Rasanya tau kot kenapa kitorang berhenti. Yang kawankawan aku 6 orang tu ada yang berhenti pasal ni jugak and ada yang berhenti pasal tak tahan dengan akak yang ajar dia. sombong and kerek semacam. Hahaa. Hukum semua ni mean benda tu mestilah haram. Ye dak? Tak caya try google or tanya ustaz/ustazah. Tapi kalau tempat kita jadi cashier ni tak ada benda haram macam tu okay la. Kalau nak cari keje lepasni elakkan benda macam ni.

muka suci ..
bestiee

cunn

Bagi aku, kerja as a cashier ni best sangat kat sana cuma pasal benda tu je yang aku and sikin and linda lari dari sana. Kalau tak sebab benda tu, memang kitorang takan lari. Sampai harini aku belum jejak kan kaki aku lagi kat mall tu. Belum. Nanti lah sebab macam segan kalau terjumpa akak akak yang kitorang dah kenal and adik adik kat sana tu. Pengalaman ni memang berharga.

sayang awak. hihii
Lepastu, aku kerja kat satu tempat ni jugak jadi promoter. Haha. Tapi sehari je wehh. Lawak jugak. Then mintak kat kilang tak dapat. Lastly aku keje kat kedai makan. And i like that job. Ni aku tak rasa nak lari sebab pakcik makcik kat kedai tu semua baik and happening and giler giler jugak. The end.. hahaha hope korang yang dah baca janganlah ikut jejak langkah aku ehh. btw, sorry sebab buat macam ni. 

Kata hati : kalau rasa tak suka dengan apa kau buat, lari je. hahaa


Fb : zaied deiaz II
Wechat id : nadia_khalid

Twitter : @nadiaakhalid