You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Thursday, 11 September 2014

U K M . m u a h h h h

ASSALAMUALAIKUMM ......

Hai uollls. Okay lama sangat sangat dah tak update entry baru kat blog ni. Sebab? tak tau lah sebab apa. Bukannya rajin sangat pun nak menaip ni. Kan best kalau aku cakap je kat depan laptop ni lepastu dia terus taip sendiri apa aku cakap. Hahahaha kalau betul jadi macam ni aku orang pertama yang lari. Giler kau kalau jadi betul. Aku rasa bukan aku je yang lari, dengan laptop ni pun meletup sebab terkejut. Haha k tak lawak pun. Tak tak tak....

Okay, lupakan pasal tu. Fokus kat apa yang aku nak ceghitaa pulak ni. Alhamdulillah, aku sekarang ada dekat Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan nak bangga ke riak ke hape, tapi semua ni tak kan dapat kalau tak ada usaha. Nak apa apa kena ada usaha, doa dan tawakal. Dah dapat tawaran ni, banyak sangat benda yang kena sediakan. Rasa macam nak terjun katil pun hado wehh time tuu. Dah lah tak ade experience pun pasal cara hidup kat asrama tu macam mana. Giler tak giler. Yang aku fikir bukan apa yang aku akan belajar kat sana tapi banyak fikir pasal macam mana nak basuh baju, nak makan apa semua. Hahaha jangan gelak jangan. Nak gelak jugak tutup mata. Lepastu belum pergi lagi nih dah tengok kat jadual bila tarikh cuti. Tapi bukan aku sorang kot yg macam ni. bebudak lain pun sama rasanya. Rasanya lahhhh.

Hari pertama tu, macam biasalah family hantar. Pong pang pong pang tiba masa mak ayah nak balik. time tu jangan cakap lah feel dia macam mana. korang sendiri pun tau kan. Dah peluk cium apa semua, ada rasa mata tu pedih macam baru lepas potong bawang 10 kilo woii rasa dia. Menci tauuu. Lepas je mak ayah pergi, memang tak toleh belakang, sebab nak dorang tau anak dorang ni kuat, bukan kuat nangis tau. Takmo takmo fikir macam tu. Hihiiii. Taip pasal ni pun aku dah sediakan tisu sedozen kat sebelah. Kot kot lah banjir kan. Shutttttttt. love u mom and dad. tepuk tepuk sayang. 

Tipu kalau mula mula tak rasa lonely. Lonely wehhhhhhhh. Tak ada kawan. Jumpa jumpa tegur sapa sapa mesti ayat cliche yang keluar. “nama sapa, orang mana, kos apa, blok mana” bla bla bla bla. Kadang macam ehhhhh. Kening naik acah acah ziana zain katekooo. Yang tak boleh bla betul minggu orientasi ni. laka laka. Pagi rapat dengan orang lain, tengahari orang lain, petang dengan malam pun sama. Sampai bila jumpa balik tak ingat nama pastu tanya benda yang cliche tu lagi. Padahal dah borak borak tepuk tampar sama sama.


simbolik Kolej Keris Mas

MEP DAN PC

Bangunan Kolej Keris Mas

selfie dgn ketua eksekutif pelajar

gambar hiasan

UKM memang ohsem lahhh. Siyesss cakap. Lagi lagi kolej yang aku stay ni. havoc ke? Hahaa. ukm ni banyak kolej.. aku kat ukm bangi. antara yang aku ingat lah kolej Burhanudin helmi, Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pendeta Zaaba dan lain lain lagi. ada berapa semuanya pun tak tau lah. hahaa. ni memang layak kena siku dengan cangkul wehhh sebab tak ingat. heeee . okayy, aku dapat Kolej Keris Mas. Semua MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) dan PEMUDAH CARA (PC) kat KOLEJ KERIS MAS ni tersangat sangat lah sporting habiss. Aku dari group T. Group ni memula aku tak kenal sape sape pun. Nama pc aku sendiri pun aku tak tau memula, tapi lama lama tau lah. PC group ni abang razis dan kak mena. Tak kira nak panggil kak mena jugak even sama umur sebab respect kat dia. heheee ahli ahli group T ni pun ada yang aku tak kenal dan tak ingat nama lagi. Haha takpe takpe banyak masa lagi untuk kenal kenal. ye dak?

Aktiviti sepanjang 3M ni Minggu Mesra Mahasiswa ni gempak habiss. Mantap ! lagi lagi bila belajar cheers. Ingat senang ke nak hafal step cheers tu. Susah memula tapi disebabkan ada perang cheers kat DECTAR, semua berkobar kobar buat cheers ni. sorry, lupa apa nama betul DECTAR. Heheee. Layak kena penumbuk dengan penyapu sebab tak tau DECTAR tu apa. Peace yaww ! suka cheers "kita kawan kan, kita kawan kan" sebab comel sangat sangat macam aku. hahaha ni bukan perasan tapi kenyataan. lam wau lam. 

Untuk hari ni, ni jelah yang aku nak cerita. Sebab benda ni akan bersambung. Banyak lagi nak ceghitaa.  Esok kot. Tengok lah kalau ada rajin tu disebalik kemalasan yang melanda.

UKM . KOLEJ KERIS MAS . PERSURATAN MELAYU . COMEL . heheee

siapakah?

atototooo

Kata hati : apa pandang pandang? Senyum lah . jaga diri kat tempat orang .

Fb : Nadia Khalid
Wechat id : nadia_khalid
Twitter : @nadiaakhalid

No comments:

Post a Comment