You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Monday, 3 February 2014

S A Y U R R R !!!!!!!!!!

Hai assalamualaikum..

Apa citaaaa? Korang tak tau kan apa yang aku nak cakap kat sini? Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya lah kan. Hehee tak lawak pun...

Korang. Apa pendapat korang pasal sayur? Sayur tu apa? Japp eh aku google jap. Haishh benda camni kena tanye abang gooogle untuk kepastian.


Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam,  salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada.  

Umumnya sayur yang dimakan mentah mengandungi lebih nutrisi dan juga sayaur yang dimasak sekejap atau dicelur sahaja seperti ulam. Manakala sayur yang dimasak terlalu lama atau sayur segar yang dipotong kecil-kecil dan direndam terlalu lama di dalam air, lebih-lebih lagi air yang mengalir, akan mengurangkan nilai nutrisinya.

Banyak kajian telah membuktikan diet yang penuh dengan sayur dan buah dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser. Diet tambahan yang hanya bergantung kepada pil dan tablet untuk membekalkan nutrien kepada badan tak sama khasiat kesihatan dengan diet buah dan sayuran. Bahan yang kurang adalah fitokimia, sebatian tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit tertentu. Kebanyakan fitokimia adalah bahan antioksida, iaitu bahan kimia yang boleh memusnahkan radikal bebas, molekul reaktif yang merosakkan DNA, protein, dan lemat tak tepu dalam sel.   http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayur

Okay dah tau kan. Ha baca jangan tak baca pulak. Penat aku cari benda alah ni tau.....Tapi bagi aku sayur ni sejenis makanan yang boleh memengsankan aku. haha aku memang suka warna hijau tapiiiiiii sayur ni kan aku tak berapa nak suka. Tengok tu memang lah suka, sebab ada seni kan. Aku tak suka makan sayur.
Tak semua yang aku tak suka makan. Tengok jugaklah sayur apa. Kalau kat kedai makan tu memang aku tak makanlah sebab tak tau orang tu basuh sayur tu cemana and macam mana dia masak. Kan??? Kalau kat rumah tu mak aku masak tu kan, sayur tu kan, mestilah kan, aku makan kan. Tapi tengok lah jugak kan sayur apa kan. Yang pahit pahit tu kan memang kan aku tak sentuhhh.....kan? hahahaha kan??? Apa punya kan lah kan... weheee

Haishhh boleh pengsan kalau aku makan sayur tu wehh. Cerita macam nak gempak je kan. Padahal sayur je pun. Lahaiii.. memang lah banyak khasiat dia sayur tu tapi dah tak suka nak buat cemana en? Nak paksa pun tak boleh. Parang nak parang? Sibuk je nak paksa.. ekekee

Lagi satu habit aku kalau lepas habis makan kat kedai lah. Kat rumah aku tak buat pun sebab tak ada yang nampak. Aku buat benda ni kalau makan kat luar je. tu sebagai tanda terima kasih aku sebab masak makanan yang aku nak. Sedap ke tak sedap tu belakang cite maa.

Apa yang aku buat? Hahaha. Makan tu mesti laa atas pinggan kan, tak kan atas gelas pulak. Makan tu memang confirm masuk mulut laa kan. Dah makan makan makannnn sampai habis tu sampai kenyang sampai cakap alhamdulillah tu kan, aku mesti senyum tengok pinggan tu dulu. Dalam kepala hotak ni dah fikir dah nak buat apa dengan pinggan tu. Pehh fikiran dah jahat dah ni. jeng jeng jeng. Apa ek yang aku buat? Rasa rasanya apa? Hahadoiii korang mesti nak tau sangat kan. Aku ni memang saja belok belok sikit cakap biar nampak panjang entry kali ni. mihmih.. sabar tu separuh daripada iman. Nak main teka teka pulak dengan korang en? Dah terbakar belum? Rasanya belum lagi baru 97% kannnn. Watlek watpeace yaww !! sampai kesudah jugak kang aku tak cakap aku buat apa. Vengong punya olang. Kalau korang, korang buat apa? Adesss mesti dah nyampah kan nak tau. Relaxx ahh.

Pinggan yang kita dah siap makan tu kan, kalau aku makan mesti ada punya lebih dia. mesti tau punya apa kan? Apa lagi kalau bukan sayur sayur yang paling sedap kat alam semesta ni lah kome wehh. Lepastu tau tak aku nak buat apa? Aku amik semua sisa sisa tu then aku buat lahh bentuk mata, hidung and lastly mulut. Buat muka smiley kat atas pinggan yang lagi kacak cantik tuu. Huahahahaa. Ha siap ! simple ja wehh. Tapi nampak nice. Tu means yang aku berterima kasih dekat orang tu. Orang yang basuh pinggan aku tu kalau tak senyum jugak apa yang aku buat kat atas pinggan tu tak tau lah nak cakap cemana. Benda ni kalau aku ada mood je sebenarnya aku buat and bila aku ingat je. sambil sambil habiskan air yang aku order tu and sambil sambil borak borak pasal dunia, pasal saham naik ke turun semua tuu lah aku buat. Tak kelakar pun sebenarnya tapi sweet. Bagi aku je lahh. Bagi korang? Terpulang lah nak cakap apa. Ada aku kesah? Hewhew. Nyampah orang ketawa cemni. Macam nak baling selipar besi bersalut lumpur je kat orang tuuu. Over kan aku ni?? hmm hmmm kfine.

Kali ni entry aku tah apa apa je wehh. Rasa macam poyo pun ada jugak. Yang dah baca tu terima kasih bebanyakkk eh. Ada masa lepas ni jangan lupa datang lagi usha natang comel aku ni tauuuuu..... 

kata hati : aku comel. hahahahahaaa bagi yang nak muntah tuu jangan lah nampak sangat kejelesannya pun adoiii..

facebook : zaied deiaz II
twitter : @nadiaakhalid
wechat : nadia_khalid