Hai assalamualaikum..
Apa citaaaa? Korang tak
tau kan apa yang aku nak cakap kat sini? Aku pun tak tau nak cakap apa
sebenarnya lah kan. Hehee tak lawak pun...
Korang. Apa pendapat
korang pasal sayur? Sayur tu apa? Japp eh aku google jap. Haishh benda camni
kena tanye abang gooogle untuk kepastian.
Sayur adalah merujuk kepada sebarang tumbuhan atau bahagian tumbuhan yan dimakan secara mentah atau setelah dimasak, sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Lebih kurang 20 jenis sayur yang penting dan banyak ditanam oleh petani Malaysia berdasarkan nilai komersial yang ada.
Umumnya sayur yang dimakan mentah mengandungi lebih
nutrisi dan juga sayaur yang dimasak sekejap atau dicelur sahaja seperti ulam. Manakala sayur yang
dimasak terlalu lama atau sayur segar yang dipotong kecil-kecil dan direndam
terlalu lama di dalam air, lebih-lebih lagi air yang mengalir, akan
mengurangkan nilai nutrisinya.
Banyak kajian telah membuktikan diet yang penuh
dengan sayur dan buah dapat merendahkan risiko penyakit jantung dan beberapa
jenis kanser. Diet tambahan yang
hanya bergantung kepada pil dan tablet untuk membekalkan nutrien kepada badan
tak sama khasiat kesihatan dengan diet buah dan sayuran. Bahan yang kurang
adalah fitokimia, sebatian tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam
mencegah penyakit tertentu. Kebanyakan fitokimia adalah bahan antioksida, iaitu bahan kimia yang boleh
memusnahkan radikal bebas,
molekul reaktif yang merosakkan DNA, protein, dan lemat tak tepu dalam sel. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sayur
Okay dah tau kan. Ha baca
jangan tak baca pulak. Penat aku cari benda alah ni tau.....Tapi bagi aku sayur
ni sejenis makanan yang boleh memengsankan aku. haha aku memang suka warna
hijau tapiiiiiii sayur ni kan aku tak berapa nak suka. Tengok tu memang lah
suka, sebab ada seni kan. Aku tak suka makan sayur.
Tak semua yang aku tak
suka makan. Tengok jugaklah sayur apa. Kalau kat kedai makan tu memang aku tak
makanlah sebab tak tau orang tu basuh sayur tu cemana and macam mana dia masak.
Kan??? Kalau kat rumah tu mak aku masak tu kan, sayur tu kan, mestilah kan, aku
makan kan. Tapi tengok lah jugak kan sayur apa kan. Yang pahit pahit tu kan
memang kan aku tak sentuhhh.....kan? hahahaha kan??? Apa punya kan lah kan...
weheee
Haishhh boleh pengsan
kalau aku makan sayur tu wehh. Cerita macam nak gempak je kan. Padahal sayur je
pun. Lahaiii.. memang lah banyak khasiat dia sayur tu tapi dah tak suka nak
buat cemana en? Nak paksa pun tak boleh. Parang nak parang? Sibuk je nak
paksa.. ekekee
Lagi satu habit aku
kalau lepas habis makan kat kedai lah. Kat rumah aku tak buat pun sebab tak ada
yang nampak. Aku buat benda ni kalau makan kat luar je. tu sebagai tanda terima
kasih aku sebab masak makanan yang aku nak. Sedap ke tak sedap tu belakang cite
maa.
Apa yang aku buat? Hahaha.
Makan tu mesti laa atas pinggan kan, tak kan atas gelas pulak. Makan tu memang
confirm masuk mulut laa kan. Dah makan makan makannnn sampai habis tu sampai
kenyang sampai cakap alhamdulillah tu kan, aku mesti senyum tengok pinggan tu
dulu. Dalam kepala hotak ni dah fikir dah nak buat apa dengan pinggan tu. Pehh fikiran
dah jahat dah ni. jeng jeng jeng. Apa ek yang aku buat? Rasa rasanya apa? Hahadoiii
korang mesti nak tau sangat kan. Aku ni memang saja belok belok sikit cakap
biar nampak panjang entry kali ni. mihmih.. sabar tu separuh daripada iman. Nak
main teka teka pulak dengan korang en? Dah terbakar belum? Rasanya belum lagi
baru 97% kannnn. Watlek watpeace yaww !! sampai kesudah jugak kang aku tak
cakap aku buat apa. Vengong punya olang. Kalau korang, korang buat apa? Adesss mesti
dah nyampah kan nak tau. Relaxx ahh.
Pinggan yang kita dah
siap makan tu kan, kalau aku makan mesti ada punya lebih dia. mesti tau punya
apa kan? Apa lagi kalau bukan sayur sayur yang paling sedap kat alam semesta ni
lah kome wehh. Lepastu tau tak aku nak buat apa? Aku amik semua sisa sisa tu
then aku buat lahh bentuk mata, hidung and lastly mulut. Buat muka smiley kat
atas pinggan yang lagi kacak cantik tuu. Huahahahaa. Ha siap ! simple ja wehh. Tapi
nampak nice. Tu means yang aku berterima kasih dekat orang tu. Orang yang basuh
pinggan aku tu kalau tak senyum jugak apa yang aku buat kat atas pinggan tu tak
tau lah nak cakap cemana. Benda ni kalau aku ada mood je sebenarnya aku buat
and bila aku ingat je. sambil sambil habiskan air yang aku order tu and sambil
sambil borak borak pasal dunia, pasal saham naik ke turun semua tuu lah aku
buat. Tak kelakar pun sebenarnya tapi sweet. Bagi aku je lahh. Bagi korang? Terpulang
lah nak cakap apa. Ada aku kesah? Hewhew. Nyampah orang ketawa cemni. Macam nak
baling selipar besi bersalut lumpur je kat orang tuuu. Over kan aku ni?? hmm
hmmm kfine.
Kali ni entry aku tah
apa apa je wehh. Rasa macam poyo pun ada jugak. Yang dah baca tu terima kasih
bebanyakkk eh. Ada masa lepas ni jangan lupa datang lagi usha natang comel aku
ni tauuuuu.....
kata hati : aku comel. hahahahahaaa bagi yang nak muntah tuu jangan lah nampak sangat kejelesannya pun adoiii..
facebook : zaied deiaz II
twitter : @nadiaakhalid
wechat : nadia_khalid
facebook : zaied deiaz II
twitter : @nadiaakhalid
wechat : nadia_khalid
.jpg)
No comments:
Post a Comment