Assalamualaikum....
Macam yang ramai tau laa kan. Aku baru lepas excident. Maybe. Hahaa. Malas lah cite pasal ni, lagipun dah makin okay rasanya. Alhamdulillah...bukan ayat mintak simpati ke atau kesian ke hape ehh. Korek biji mata tu kang.. okay enough sebab bukan nak cakap pasal benda ni pun, benda lain sebenarnya. kali ni tak ada nak kenakan orang macam entry yang lepas tuu. Hihiii..
Lepas habis sekolah mestilah otak tu fikir nak keje je kan lepastu nak pegang duit bagai. Sape je tak fikir macam tu kan. Lagi lagi aku budak stpm, mestilah dah kena keje sebab umur pun bukan sikit sikit lagi wehh. Dah awal 20-an tapi tu ikut tahun la kan. Ikut bulan baru 19 tahun. So muda lagi. Belasan tahun la katakan. Haha perasaaaaaaannn tak sudah sudah.
Tahun lepas habis exam kan bulan 11 eh? Lupa lah pulak. Time tu kawan kawan ada je yang nak cari keje kat situ lah kat sini lah kan. Then bulan 12 tu budak budak form6 sekolah aku pegi rombongan ke pulau pangkor. Dari johor sampai ke perak tu woii. Memang syok laa kan. Kawan kawan cakap lepas pegi lawatan tu baru nak cari keje. Ha ye lahh okay je kan. Duduk kat rumah pun tak buat apa. Makan tidur makan tidur sampai jadi comel macam sekarang ni lah. Hahaha. Dah balik dari sana tu ada je kawan kawan yang dah dapat keje and dah keje pun. Rasa macammmmmmmm hooooo nak jugak nak jugak kan. Jelesss pun ada. Hihii sape sape yang tak dapat keje lagi tu tau lah macam mana yang aku rasa kan..
Lama jugak lah duduk kat rumah kan. Sampai bulan 1 kalau tak silap lah. Kat rumah tu haii sampai tak tau nak buat apa kauuu. Bosan gilerr vapak rasa dia. one day tu, saja lah try tanya kawan kawan, kot kot tempat dia ada nak pakai orang ke apa kan. Haaa cite dia memang nak pakai orang pun and gerenti dapat punya kalau minta keje kat tempat tu. Kat mana? haha kat shopping mall. Aku tanya kawan aku apa semua sampai kredit aku habis. Takpela nak keje punya pasal kan.
Ha yang ni lah, lepas tu aku pegi lah mintak keje kat mall tu. Pegi la kat office dia kan. Cakap lah nak minta keje and dia cakap suruh isi borang and nanti interview terus. Aku rasa masa tu memang takut takut pun ada, seram pun ada, semua rasa ada kauuuu. Masa isi borang tu acah acah tengok tengok orang lain punya borang. Rasa macam meniru time exam pulak cara aku tengok tu. Faham faham la kan macam mana cara aku tengok tu. Jeling jeling sikit sikit. Hahaa. Padahal tanya apa je kat borang tu kan. Cuma aku je ni yang macam tak berapa confident langsung. Rasa bersalah pulak kat diri sendiri haha. Okay dah siap isi semua tu dengan berlagaknya jalan bagi borang tu kat akak cantik yang kat kaunter office tu la kan. Then suruh masuk bilik untuk interview pulak. First time wehhhh. Masuk bukak pintu pastu blank terus. Nak pegi mana satu ni? haha padahal kat tepi. Nasib baik lah aku tak menonong pegi jalan straight. Aku cerita ni tah korang faham ke tak kan. Tak faham pun takpelaa. Ada aku kesah?
Aku : Assalamualaikum
Akak cantik : Waalaikumusalam. Ye sila duduk.
*Aku dengan muka comel nye pun duduk lah kat depan dia.
Akak cantik : okay, kat sini just tinggal cashier je yang ada. adik nak tak? Umur adik pun dah atas umur, so rasanya boleh kan?
Aku : Insha Allah boleh.
*lepastu akak tu pun potpetpotpet sampai lahh the end yang aku agree dengan semua dia cakap tuu. Tak kan lah aku diam je, pastu angguk je kan, mestilah tanya itu ini semua. Kalau diam je baik kau pegi balik tak payah mintak keje tidur je 24jam kat rumah haha. Semua akak cantik tu cakap tak masuk dalam kepala otak aku pun sebenarnya. haihhh nervous lah katakan. Ada lah jugak masuk sikit sikit. And dapat keje kat situ and kena training seminggu.
Balik tu cite la kat mak ayah pakcik makcik jiran semua sekampung tu aku dapat keje. Haha o.v.e.r giler. Jangan percayaaa. Dah tu aku pun pi lah tanya kat kawan aku linda apa benda yang dia nak suruh bawak nanti bila masuk keje apa semua kan. Rumah aku jauh kan. So try lah duduk hostel. Akak cantik yang interview aku tu cakap memang cashier je yang disediakan hostel kat sana. Okay okay fine. Lepas bape hari tu, datang la keje dengan beg beg balik kampung sume kan. Al maklum lah nak duduk hostel kan bile keje sana tu. Kawan kawan aku yang dapat keje tu sume 9 orang termasuk aku. ramai kan? Hahahahaha semua tu kawan kawan sekolah aku and sekelas. Cayalah. Tapi relax. Ni baru intro dia. belum ending lagi. Korang yang baca ni pegilah amik popcorn ke dengan air milo ais pun okay jugak sambil sambil baca vellog aku ni. banyak lagi aku nak tulis ni. dah jemu? Tanak baca lagi? Ohh takpe silakan dengan segala hormat dan takzimnya bla dari vellog yang comel ni. tapi rugi tau tak baca cerita yang lepas ni. hihiiii
Kawan aku yang sembilan orang tu nama dia mira, salwa, linda, sikin, seri, biby, syida, lina and lastly aku lah kan. Semua cecomel belaka bak hangg. Gambar dorang? Nanti kalau ada and kalau ingat aku masukkan eh? Hahahaha. Jangan marah eh korang. Yang duduk hostel cuma bertiga je. aku, linda and sikin. Korang tau nama pun dah okay dah. Haha.
Masa tu hari sabtu pagi. Semua dah sampai, dah simpan beg apa semua kan. Pekerja mestilah kena lalu belakang kan. Kat mall kot so kena la ikut peraturan dia. then, ada la sorang akak tu guide kitorang pegi naik ofis. Dah tu akak yang interview kitorang tu bagi la explaination panjang then bagi borang macam borang nikah. Haha okay borang kena sign apa semua. Rasa macam femes pulak. Ini semua poyo. Dah habis semua tu kan, rasa macam eh ni je ke? Haha dengan borang bahasa omputih. Ingat aku faham sangat lah. Yang aku tau yes no yes no jelaa. Jangan percaya. Ni tipuuu.
Lepastuuuuuuuuuuuuuuuu. Kitorang tunggu kat satu ruang and dibahagi tempat. Ada akak tu bawak kitorang pegi kat tempat masing masing lah kan. Terpisah dengan semua. Sedihhhh. Takut pun ada. Kau bayangkan kena pegang duit apa semua. Orang dah la ramai giler vapak kau. Aku masa tu dapat dengan mira. Kitorang je dapat sama sama, yang lain sensorang. Aku dapat kat bakery. Fuhh nasib baik tak ramai sangat orang. Hari first pulak tu kan. Akak kat bakery tu ajar cara guna mesin duit apa semua kan. Cara kira duit. Memang susah jugak lah. Akak tu buat laju je. gigil jugak pegang duit banyak banyak ni. takot. Otak ni kadang fikir negatif je. kang ada orang rompak ke apa kan. Padahal banyak security. Hehee. Then masa petang tu tetiba black out. Ohh no. Lagi lah takut. Akak tu cakap kena ada kat tempat mesin tu je jaga jaga. Seram bak hangg. Hari tu kitorang balik pukul 7. Tapi memang bagi aku susah jugak lah kena hafal step apa semua. Yang pakai cash tu senang je rasanya tapi yang pakai kad kredit, kupon lah apa lah tu step dia lagi susah oii. Terkedek kedek aku ingat step tu.
Balik tu punch card sume lah kan. Ada akak ni hantar kitorang kat hostel nek kete dia lah kan. Okay dah sampai rumah tu macam okay okay takpe tengok duluu. Tak boleh nak cakap cemana. Kawan aku yang lain yag lagi 6 orang tu ada yang nak berhenti dah. Fuhhh rasa dia macam ada batu jatuh dari langit hempap kat kepala ni. so macam tu tinggal 3 orang jela yang nak keje. Kuatkan hati masa tu. Dah tengok tengok rumah and bilik pun, akak tu pegi kat mall balik. sebab kena keje lagi. Rasa macam heaven lah kitorang bertiga kat rumah tu. Tak ada orang balik lagi. Semua muka penat tapi sesenyum macam ada niat lain. Hahahah.
Kemas kemas barang apa semua. Make over tempat tidur, hihi and lain lain lah kan. Nak basuh baju? Tak ada mesin basuh weh. Nak cucu pakai tangan? memang malas sangat.bilik yang kitorang nak tidur tu ada tv ada mesin basuh. Tv siap astro. Akak yang hantar kitorang tu bagitau, semua ni bawak sendiri dari rumah. Bukan syarikat yang sediakan. Okay faham. Semua barang sendiri sendiri kat rumah tu. Angkat angkat kening dengan kawan yang lagi dua orang tu, linda and sikin. Apa lagi guna la mesin basuh tu. Haha haishh jahat betul. Dah siap basuh apa semua tu, tengok tv pulak. Astro beb. Pandai guna pandai tanggung lahkan. Dah pukul 10 lebih tu matikan la tv tu kang tuan punya tv tu tau, kena marah pulak nanti.
Dah pukul 11 tu, sorang sorang akak sama tempat keje tu balik. nak tidur lah kan dekat pukul12 tu. Ada sorang akak yang kitorang dah kenal kat dalam bilik tu jumpa kitorang. Cakap kat rumah tu macam ni macam tu kan. Then ada satu benda tu dia cakap sampai buat kitorang terkedu. Ohhmaiiiii. Kitorang bertiga pandang pandang and terdiam. Akak tu maafkan and kalau nak guna kena bagitau. Haha dia tau yang kitorang guna mesin basuh. Hahahahahaha sebab lepas guna tu lupa sangat nak cabut plug dia. haishh kantoi weh. Tapi yang tv tu dia tak tau. Kitorang tak tidur kat bilik tapi tidur kat ruang tamu. Jangan gelak jangan gelakkkk. Memang kitorang yang nak and decide. Sebab lau kat bilik tu kena tidur kat katil tingkat atas. Kelip kelip mata bila tau. So dengan kepandaian sendiri bertiga amik semua barang barang and letak kat ruang tamu. Pehh selesssssa gua cakap. Cuma tempat orang lalu lalang nak masuk and kuar rumah jela kan. Whatever yang penting okay. Sebab nak tidur kat katil dua tingkat tu takottttt. Hihi.
Esoknya kitorang masuk noon kalau tak silap lah. Lupa. Esoknya kawan kitorang yang 6 orang tu tak datang and berhenti. Takpe takpe kitorang berlagak okay. Ramai yang tanya pasal budak 6 orang tu.
A : dikk, kawan kawan yang 6 orang tu mana?
Aku, linda, sikin : tah laa kak. Kitorang tak tauu. Dah tak kawan.
Hahahaha. Ada rasa macam sentap tak yang 6 orang tu? Kitorang malas nak jawab dorang tanya. Then lau cakap lain, makin banyak pulak soalan keluar nanti. Ha cakap macam tu terus diam semua akak akak yang ada tu. sorry tauu sambil buat muka comel. heee. dorang semua berhenti sebab apa? hihi next entry okayy.
![]() |
| ni aku dengan sikin. wajib berselfie dulu. linda takde. hihi |
lepas 6 hari aku dengan yang lagi 2 orang tu berhenti keje. Eh salah, cabut keje..........hihi sebabbbbb.... To be continued...... aku penat. Haha. Nanti lah lagi dua tiga hari ke seminggu ke sebulan ke aku sambung lagi ehh. Ni experience aku keje. Nantikan entry yang kedua eh.
Kata hati : mana ada keje yang tak susah. mana ada keje yang tak penat.
wechat id : nadia_khalid
twitter : @nadiaakhalid


No comments:
Post a Comment