Assalamualaikum....
Dah jawab salam kan..
okay tajuk entry kali ni buat aku macam ehh? Terpegun kejap. Rasa macam sweet dan
comel tapi ketawa guling guling dengan tajuk sendiri. Suka hati aku lah kan.
Tapi apa pun cinta ni yang buat hidup kita lebih indah dan penuh memori.
Ececehhh. Ayat macam dah banyak pengalaman je kan. Rasanya macam ada lah jugak
sikit. Sikit je. Nak tau? Boleh, boleh bla bla blaa hehee..
Cinta tu bukan sejenis
makanan yang boleh dirasa lepas tu jadi kenyang. Bukan bukan. Cinta tu
sebenarnya rasa dia macam coklat. Haha. Coklat kan rasa dia manis dan sweet
macam aku. Tengok perasan tak habis habis. Rasa macam nak pukul dengan penyapu
je kan. Peace !! tapi bila coklat tu dah cair ke apa macam tak ada selera nak
makan, ha tu tanda macam tengah gaduh lah dengan cinta hati. tapi kalau coklat
tu dah tamat tempoh atau ada ulat dalamnya, eeuuuu jijik kan, macam geli je
macam geli je. ha coklat tu tak ada sesapa pun nak makan kan dan conclusion nya.
Eh ada ‘nya’ pulak terselit. Tak apa kan, orang melayu lah katakan. Hah bila
coklat tu dah macam tu so kena lah beli lain kat kedai, ye tak? Sama la jugak
macam cinta, bila dah putus cinta ke mesti lah move on dan cari pengganti.
Analogi mana tah aku rembat ni. suka hati aku lah nak cakap apa pun, kalau ada
yang tak setuju ke atau macam hek elehh ke kan, tak payah baca terus shut down
takpun baling je lappy anda ke dinding. Habis cerita. Ehh tapi jangan baling,
baik bagi aku. ada lah juga amalan sedekah kau tuu. eheh
Sebenarnya aku bukan
nak cerita pasal pengalaman atau kenangan aku bercinta pun. Cuma share apa yang
aku rasa nak cakap je. ye tau cinta ni banyak sebenarnya bukan cinta pada
manusia je, cinta kepada haiwan, makanan, shopping, baju dan sebagainya. Kalau
cakap semua maunya ada yang tidur baca blog aku ni kan sampai keluar air liur
basi semalam semalam punya tuu. Fuhhhh
Kita tak boleh nak
memaksa seseorang untuk sayang kan kita. Tapi kita boleh cuba. Sebabnya
berkongsi hati dengan seseorang yang bukan kita harapkan, akan memakan perasaan
kita sendiri suatu hari kelak. Faham kan maksudnya apa. Dah besarkan tak payah
nak loading lama sangat. Cincang dengan kapak kang baru tau lepas tu kerat 72.
Lagi satu jujurlah dengan perasaan kau. Utarakan dan bagitahu apa yang kau rasa
sebab memendam perasaan ni kan lebih menyakitkan daripada penolakan. Agaknya
lahh. Hehe kena ingat “if it’s meant to be, it will be”. Dah tu jangan nak
lakukan sesuatu yang akan merugikan diri kita di kemudian hari. membina masa
depan ni bukan untuk sehari dua tapi untuk selama lama lama lama lamanya.
I admit that one of the
hardest things in life is having words in your heart that you can’t utter. The
point is, we don’t choose who we fall in love with. Dia telah aturkan cerita
yang indah untuk kita. Hanya kita tak tahu apa dan bila cerita indah itu
bermula.
Sekiranya kita cintakan
manusia, tidak semestinya manusia cinta kepada kita. Tetapi sekiranya kita
cintabkepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita
cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang
kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut
mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Rasulullah
SAW pernah berpesan :
“cintailah
orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan
menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu
dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.” (Riwayat Abu Daud, Al-Tarmizi, dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai.” (Riwayat Abu Daud, Al-Tarmizi, dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Pesanan aku dan semua
orang untuk aku dan jugak korang semua, belajarlah mencintai orang yang hari
ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih
mencintaimu, tapi mungkin esok tak akan ada lagi cinta untukmu dan mungkin juga
esok kamu akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.
Ada macam doktor chenta
ke? Haha apa tah aku membebel ni tapi yang penting aku membebel benda yang
comel. Kihkih ketawa beruang tak dapat makan ikan. Ni jelah yang aku boleh taip
harini sebab kejap lagi mak aku panggil kot. Okay see u next time J
hati : where there is love, there
is life
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment