Assalamualaikum...
Post kali ni mungkin
special untuk seseorang. Tapi tak tau lah kalau orang yang aku cakap special tu
anggap entry kali ni special bagi dia ke tak kan. Okay never mind. Walaupun aku
kenal dia ni tak lama sangat tapi rasa macam lama jugak lah. Kawan? Sahabat?
Insha Allah.
Dia always ada time
susah senang aku. aku malu sebenarnya nak berhadapan dengan dia ni sebab banyak
sangat dah aku menyusahkan dia dengan life aku. nak cakap satu satu apa yang
aku susahkan dia tu? Salah satunya aku suruh dia belanja hari hari, save duit
aku kan, yela dah nak kawen la katakan. Kawen tu ye tapi lama lagi. Belanja pun
tipu je sebenarnya. aku ni kadang cepat nangis. Dia ni lah yang selalu pujuk,
bagi semangat dan lain lain lagi.
Mungkin orang cakap tak
boleh jadikan lain jantina tu sebagai bestfriend kan. Tapi bagi aku boleh je
selagi tak buat benda yang salah kan. Ye sebab takut someday orang yang jadi
kawan baik kita akan jadi seseorang yang istimewa dalam hati kita. Kalau dah
jodoh tak ke mana kan tapi jarang lah jadi. Aku suka berkawan dengan dia sebab
dia jenis yang berterus terang. Cara dia buat aku rasa selamat kadang kadang
je. hihiii aku terkejut sangat bila dia cakap sayang kat aku. ehh bukan sayang
ehem ehem eh tapi sayang sebagai kawan. Aku pun sayang kau. Macam nak tisu je
bila baca text kau harituu. Kau banyak bagi aku nasihat. Tapi kau tak pernah
marah aku macam mana kau marah orang lain. Terharu sangat. Kau cakap, kalau ada
apa apa bagitau je kau, insha Allah kalau kau boleh tolong kau akan tolong. And
i was like........ hmm tak tau nak gambarkan macam mana. aku tak pandai lukis.
Cane? Apa kau buat dan apa kau cakap kat aku semuanya sebab nak aku happy and
bahagia. Syukur sangat dapat kawan macam kau. Kau jugak cakap aku salah sorang
kawan terbaik yang kau pernah ada. Time tu rasa macam nak lompat lompat atas
katil sampai jahanam katil tu. Aku perempuan kan, so kena lah jaga adab wehh.
Aku cuma senyum senyum kelip kelip mata je. hahaha
Aku tau kau berubah.
Perubahan kau pun bersebab. Aku tau sebabnya. Tapi kau pura pura kuat kan? Kau
tak pernah jangka pun benda tu akan jadi macam tu. Ye susah nak terima tapi
bila kau berubah macam tu pun aku tetap rasa yang kau sama macam diri kau yang
sebelum kau berubah. Kau berubah pun ada masa masa nya, ye tak? Dengan aku kau
tak payah cerita pun tak pe sebab aku tau sendiri. Mungkin dengan perubahan kau
ada yang jadi mangsa tapi kau tak pernah buat aku jadi mangsa kau. lalalaa Nak
jadi jahat? Jahat yang kau buat pun sebab nak dapatkan kepuasan hati kau
sendiri. Aku tak tau pernah cakap ke tak benda ni tapi aku nak cakap walaupun
kau cakap nak jadi jahat tapi aku tetap nampak baik kau. Jahat kau sementara je
kan? Lepasni aku tau kau mesti rindu nak jadi jahat kat orang lain. Kannn?
Banyak benda yang aku
belajar dari kau. Kau tak pernah tunjuk depan orang lain yang kau pura pura
happy, tapi bila kau moody memang tak ada sapa berani tegur. Kan? Bukan panas
baran tapi takut ada yang masuk icu kalau kacau bila dia tengah moody. Lagi
satu, dia dah ada someone special dalam hati dia. aku doakan kau bahagia dengan
dia. aku tengok pun muka dah sama, kurus pun sama. Banyak persamaan lah. Hope
the relationship long lasting forever and ever.
Lepasni maybe tak akan
jumpe lagi kalau dah sambung belajar kan melainkan dapat tempat belajar yang
sama. Aku tau walau sejahat jahat kau pun, hehe ramai yang percaya dekat kau,
hormat kau. Kau jenis orang yang kuat membangkang jugak lah. Apa yang kau rasa
tak betul kat pandangan mata dan hati kau tu mesti kau akan lawan balik. tak
kiralah siapa pun orang tu. Tapi semua yang kau cakap walaupun ada yang
menyakitkan hati sesapa pun, aku tau semua tu tak lekat dalam hati kau pun. Kau
cakap dan kau lupakan. Tu kadang cara kau cakap ada yang tak suka tapi memang
dah cara kau kan. Nak buat macam mana. kadang aku pun geram jugak rasa macam
nak lempar booomm je dekat kau. Apa yang kau cakap ada yang kau tak masukkan
dalam hati. bila dah puas kau rasa macam sakitkan hati orang tu and lastly kau
akan minta maaf plus pujuk orang tuu.
Kau orang yang senang
terima pandangan dan teguran orang dekat kau. Kalau kau salah kau akan ngaku
tapi ada jugak bila kau salah kau tak akan ngaku sebab kau rasa kau betul.
Kahkahh. Jangan marah tauuuuu. Kau memang suka kenakan orang, sakat orang. Aku
pun tak terkecuali kau buat macam tuu. Tapi tu semua kenangan. Aku dah maafkan
kau pun hiihii tapi bila orang sakat kau dan kenakan kau balik kau akan diamm
seribu bahasa sebab tu prinsip kau agaknya lahh.
Kau cakap apa yang kau
bagi nasihat, kata kata hikmah, eh macam laka laka pulak bunyinya, kau cakap aku tak dengar and tak ikut. Aku bukan tak dengar cuma perlukan masa untuk
bertindak. Banyak dah kata kata hikmah dari kau yang aku kumpul, siap buat
koleksi lagi. Jangan nak beria lah pulak, memain je.
Sapa dia? mungkin aku rasa aku macam kenal perangai kau tapi banyak lagi yang aku tak tau. Kau kan kuat berahsia. Kalau apa yang aku cakap ni salah, aku mintak maaf tau. Aku tau kau merajuk sebab tak ada cerita pasal kau pun sebelum ni. eh ni blog aku kan. Sukati aku lahh. Bhahaha ketawa orang tak cukup tidur agaknya.
| dia yang berkaca mata |
Muhammad shadan nama
diberi. Orangnya tinggi kurus pulak tu. Sometimes aku panggil dia kepeng. Ha ni
je biodata dia yang aku sempat interview. Yang lain ada tapi tak rekod pun.
Sebab dia mintak bayaran. Hampehh kau. Aku tak banyak gambar dengan dia. sebab
dia ni bukan pemalu tapi takut gambar rosak ada muka dia. wehhh aku gurau je
tau. Aku suka gurau dengan kau. Kau kepala gila gila. Bila dah mereng memang
boleh tidur kat hospital bahagia lah kau 48jam. Kau sorang je. aku tak. Apa
yang aku bagitau ni macam pengetahuan am jugak lah pasal diri dia serba
sedikit. Kalau ada sesapa yang minat dia, boleh lah add facebook dia. kalau
jumpe lah kan. and kalau nak duduk menghadap syiling putih sebulan ke kan, try
lah usha dia. aku tak bertanggungjawab kalau cinta hati dia kejar kau. Yang
perempuann lah, tapi kalau lelaki nak usha dia ni aku rasa baik kau tempah batu
nisan dulu. Kahkahh lagi sekali ketawa ayam nak kena sembelih.. kat bawah ni ada gambar budak tuu. tengok lahh. jangan tenung lama lama tau.
lupa nak cakap. muka dia ada macam iras jae suk. sape tengok running man tau lah sape jae suk tu. alaa grasshoper tuu. ha dia ni kalau pakai baju warna hijau lagi lah sama macam grasshoper. k apa apa pun semua ni hanya gurauan. harap tuan punya badan yang baca ni tak marah. okayyyy peace !!
![]() |
| macho tak gua? |
![]() |
| merenung masa hadapan |
![]() |
| gua handsome.. |
![]() |
| bajet model. kahkah |
![]() |
| hadiah daripada cinta hati |
kata hati : true friends stay together and never say goodbye





No comments:
Post a Comment