You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Monday, 18 November 2013

F A T I N

Assalamualaikum.

Pada hari yang sungguh nyaman dan damai ini, saya ingin mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk baju baru itu koyak. Hehe rasanya tak buat orang ketawa pun. Okay now serius please. Tengok lah tajuk entry kali ni. F A T I N. Tah mimpi apa aku ni sampai nama FATIN ni muncul.

Nama aku pun fatin kan, so tak salah rasanya kalau nak cakap pasal menatang ni.

AKU
Selama aku hidup kat atas muka bumi ni yang dah ** tahun kan, yang kenal aku mesti tau umur aku. dahh, sambung sini. Aku ni yang comel pun sebab ada nama fatin kat depan nama aku. so sesapa yang nak nampak comel lagi kiut miut tu tukar lah nama jadi fatin. Confirm jadi comel time tu jugak. Ekeke ketawa orang gila yang bawak basikal roda tiga macam budak budak kecik.
Aku membesar dengan nama fatin ni. yelaa dari sekecik-kecik tapak tangan, eh tak lah kecik macam tu, besar sikit yang seberat 2.8kg masa baru lepas lahir sampai lah sekarang yang beratnya dah **kg. Haha. Yang panggil aku fatin cuma kawan-kawan sekolah dan cikgu-cikgu sekolah je. kat rumah dan sedara mara panggil aku ‘binti’ HAHA tak pernah dibuat orang kan. Pelik kann. Tapi ni memang kenyataan okay yang aku tipu je. sorryyyyy *buat muka comel sambil tunjuk peace dan nampak ada lada terselit dekat gigi*. Dekat rumah orang panggil aku nadia, diya dan lain lain lagi. Yang lain-lain lagi tu tak boleh bagitau sebabnya rahsia. Rahsia faham tak. Dah nama pun rahsia, cuba lah faham. Jangan nak O.V.E.R sangat nak tau lah kan. Menyampahh pulak. Hihii..

tapi ada jugak kawan-kawan dan cikgu yang panggil aku nadia. Sebab? Aku pun tak tau. Aku tak tanya dan tak interview dorang semua lagi tanya kenapa panggil aku nadia. Aku rasa sebab nak tambah kecomelan aku kot sebab tu panggil nadia pulak. Yang baca ni tak payah nak geleng geleng kepala sangat lah. Kalau jeles angguk je. ha nampak benor jelesnya tuu. Phuiii... hahaa. Sebenarnya aku suka sangat bila ada kawan atau cikgu yang panggil aku nadia sebab macam sweet je. aku ni dah lah gengster dekat rumah je, bila orang panggil nama nadia ni cepat melting kau. Kadang pelik jugak bila kat sekolah ada yang panggil nadia sebab yang lain semua dah terbiasa dengan panggil aku fatin. Lepas tu ada lah beberapa ekor, opps soryy beberapa orang yang macam bunyi kerengga nak beranakk bila panggil aku nadia. Ada bunyi eeeeuuuu..kepelikan timbul di situ tapi never mind. Haishh bahasa campur aku guna ni, macam mana nak upsr kalau buat karangan bm pun campur bi ni. dahhhh sambung bawahh pulak.

Kawan  A : Nadia......
Aku : ye.. *aku jawab sambil senyum senyum kucing* suka sangatt
Kawan B : eeuuu nadia? Kahkahkah *sambil gelak guling guling*
Aku : pehal kau? Cari pasal pulak *cakap dalam hati je* hehe

Aku hidup ni ramai yang aku jumpa guna nama fatin. Dari kecik sampai lah dah besar panjang dan comel ni. hihi sampai kan dalam kelas aku tu ada TIGA orang okay, tiga orang nama fatin. Ha sampai cikgu pun terbelit otak nak ingat nama kitorang. Sampai cikgu bagi gelaran fatin 1, fatin 2 dan fatin 3. Aku fatin 3 sebab aku comel. Comel tu tak boleh tinggal. Kahkah. Nasib baik muka lain-lain, kalau muka sama tiga orang ni tak tau lah cikgu nak cam kitorang macam mana. Masa lahir dulu bukan katil sebelah sebelah pun masa ibu-ibu mithali kitorang nak beranak kan kitorang ni tapi bagi nama sama. Tak pelik tapi benar benar belaka.
Sampai aku pun pelik kenapa ramai sangat ibu bapa yang letak nama anak dia fatin. Kena buat kajian ni. popular betul kan nama fatin ni. macam aku. lepas tu kalau nak tau kat facebook, tau tak facebook tu apa? Tak tau? Sini aku cakap. Facebook tu menatang yang rasa dia tak lah manis sangat tapi suam suam kuku. Ha macam tu lahh. Dah faham kan. Okay sambung cerita tadi. Dekat facebook sampai ada yang buat group nama fatin. Felamakk ramai giler gua cakap sama lu orang yang nama fatin ni. tapi aku tak jumpa lagi lah lelaki yang nama fatin kecuali mak nyah atau pondan ke kan. Hehe

Kata hati:

Jangan pandang rendah orang nama fatin sebab dia comel. Lepasni dah kawin letak lah nama anak fatin okay yang perempuan je J

No comments:

Post a Comment