You've gotta dance like there's nobody watching, Love like you'll never be hurt, Sing like there's nobody listening, And live like it's heaven on earth

Monday, 18 November 2013

MR. DANIAL DAN MRS. DANIA


assalamualaikum...

Danial Haris. Kalau tengok pada nama memang sah-sah tau yang orangnya mesti kedekut nak mampus. Lagi satu mesti semua fikir mamat tu orangnya ‘handsome’ kacak bergaya. Ohh, tolonglah faham. Memang dia perasan ‘macho’ tapi hakikatnya tak macam tu pun. Ni kalau perempuan-perempuan yang suka dekat mamat tu tahu orang yang mereka minat sangat tu kena kutuk mesti mengamuk sakan tambah lagi dengan ribut taufan katrina. Confirm ! okay fine, memang ada sikit lah comel tu.
            Dania Hanis. Minah ni pulak memang baik, peramah, lemah lembut, sopan santun dan lain-lain lagi. Senang cerita perempuan Melayu terakhir lah katakan. Jangan nak bunyi lembu sangat lah, okay?
            “Wehh Dania ada orang bagi kau surat ni. Mamat sebelah aku ni yang bagi,” kata teman baiknya, Alisa sambil memberi surat itu kepada Dania.
            “Wahh terharu beb. Ada juga orang bagi surat-surat macam ni dekat aku walaupun tahu sekarang apa-apa guna wadah internet je,” balas Dania sambil otaknya berputar memikirkan siapakah gerangan lelaki misteri yang memberinya surat itu.
            “Dah. Tunggu apa lagi, cepatlah baca. Aku dah tak sabar ni nak tengok. Lagi satu jangan lupa balas,” ucap Alisa yang sememangnya sudah tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat itu.
            Dania menggeleng kepala.

Assalamualaikum awak yang berbaju hijau. Saya nak berkenalan dengan awak boleh? Kalau boleh nak nombor telefon awak sekali. Terima kasih.
Haris.
           
Haris mana pulak lah ni. Mamat yang pakai baju warna merah tu ke? Kalau dia memang okay lah. Dah lah muka sweet je dan alim lepas tu tenang je tengok muka dia. Tapi kalau mamat yang sebelah dia tu yang pakai baju warna oren tu jauhkanlah. Macam kerek semacam je aku tengok. Fikir Dania dalam hatinya yang cuba menebak surat siapakah yang digenggamnya itu.
            “Lah yang kau termenung ni pasal apa Dania? Cepatlah balas surat ni. Mamat yang jadi posmen hantar surat ni tadi tengokkan je. Rimas pulak aku,” jelas Alisa kepada Dania.

Waalaikumsalam boleh je. tapi tak gentleman la kau bro. Sorry.

Yang benar,
Budak comel J

            “Haa nah ni bagi kat budak tu balik,” kata Dania kepada Alisa. Alisa ketawa berdekah je dengan tulisan Dania. Lantak kau lah Dania oii. Kalau mamat tu putus asa memang tak tahu lah nak cakap apa. Tapi kan, nak putus asa pasal apa pulak, belum apa-apa lagi kot. Ulas Alisa tentang Dania tapi hanya di dalam hatinya.
            Alisa sudah memberi surat itu kepada mamat di sebelahnya. Dua orang jejaka yang bersebelahan dengan mamat posmen itu turut melihat surat tadi. Mereka sebenarnya pergi seminar cara menjawab matematik tambahan. Almaklumlah addmath tu subjek paling ‘senang’ dan ‘rare’ sangat dalam SPM ni. Hiperbola betul kan.
            Dengan tidak semenanya seorang lelaki yang berbaju oren yang kerek semacam terus duduk di sebelah Dania. Huhh giler tak terkejut beruk Dania dibuatnya. Sampai tak cukup nafas Dania dibuatnya. Oksigen. Oksigen. Mana pernah ada lelaki yang begitu berani dan gentleman dengannya sebelum ini. Mamat kerek tu memang lain sangat.
            “Hai awak. Boleh kita berkenalan?” tanya lelaki itu. Inilah mugkin mamat yang tulis surat kepada Dania tadi. Suara dia boleh tahan. Ehh Dania, kau ni dah kenapa? Relax dan buat macam tak ada apa-apa jadi. Kau jangan nak fikir lebih-lebih okay. Tegas Dania berkata dalam hatinya.
            Dania senyap.
            Lelaki tadi tidak berputus asa.
            “Diam tanda setuju dan boleh, kan?” teka lelaki itu dan terus membuat kesimpulannya sendiri.
         Ewahh, mamat ni memandai je cakap aku sudi kawan dengan dia. Nak buat lawak pulak yang memang tak lawak.
            “Comel je bila awak jeling macam tu. Hah nak nombor telefon awak boleh?” minta Haris kepada Dania.
            “Tak boleh.”
            Semua bersurai kerana seminar tersebut telah selesai yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tetapi tidak bagi Dania dan Haris. Mereka masih lagi duduk. Dania segera ingin cepat-cepat lari dari lelaki kerek yang seolah-olah gentleman itu. Ketika hendak bangun....
            “Awak, please, saya nak nombor awak.” Merayu Haris kepada dania. Tetapi Dania tidak mengendahkannya lalu pergi meninggalkan Haris. Tetapi haris memang tidak berputus asa dan terus mengejar Dania.
            “Dania, bagi jela nombor kau kat mamat tu. Kesian aku tengok dia. Muka baik je tu walaupun kerek sikit jela. Hihi...” pujuk Alisa yang dah tak tahan melihat gelagat dua orang yang berkejaran sesama sendiri itu.
            Nak bagi ke tak nak. Bagi ke tak. Tak ke bagi. Pening lah macam ni. Berkira-kira dan menimbang-nimbang Dania dalam hatinya. Serba salah juga sebenarnya dia dibuatnya.
            Dengan laju dah macam orang lafazkan akad nikah pulak dah Dania ni menyebut nombor telefonnya kepada si Haris itu. Macam satu nafas je dia cakap. Laju kemain. Lantaklah Haris dapat ingat atau dapat tangkap ke tak nombor telefon Dania. Dania terus berlalu pergi...
            Ni kisah 6 tahun lepas. Sebenarnya Dania teringat kisah ini ketika terlihat gambarnya bersama Haris sewaktu pertama kali berjumpa di seminar itu. Selepas memberi nombor telefon, Haris mengajak Dania mengambil gambar dan memberi Dania sebentuk cincin.
            Okay, tipu lah kalau tak sweet kan. Dania tak nak menerima pemberian itu tetapi Haris memaksanya menyimpan cincin itu.
            Selepas itu, hanya 2 hingga 3 kali sahaja mereka berhubung melalui telefon. Haris hilang begitu sahaja.

            ***************************************************************

Dania masih memakai cincin itu hingga ke hari ini. Haris memberi impak yang besar dalam hidupnya walaupun sudah enam tahun tidak bertemu. Mereka berjumpa untuk kali pertama dan mungkin itu juga yang terakhir kalinya. Ohh sedih pulak bunyinya. Tisu sekotak please. Hmm.
            “Dooommmm”
            “Maakkkkk” tanpa disedari, dania telah melanggar kereta BMW merah di hadapannya. Macam biasalah, kalau terperanjat sikit mesti melatah. Yang peliknnya, Dania hanya melatah perkataan ‘mak’. Dari dia kecik sampailah sekarang. Tak ubah-ubah.
            Macam mana boleh terlanggar ni? aku rasa aku tak ada buat salah apa-apa pun. Dengan yakin dia cakap dalam hati je lah.
            Debaran di dada semakin memuncak seperti menunggu keputusan SPM keluar apabila pemilik kereta tersebut melangkah keluar. Hah? Kenapa lelaki? Apa aku nak buat ni? okay, relax.. tarik nafas, hembus. Tarik nafas lagi sekali, hembus. Lelaki itu semakin hampir dengan kereta Dania. Walau apapun yang berlaku, jangan buka pintu. Kang tak pasal lelaki tu heret dia keluar dan bla bla bla bla.... tak sanggup dia fikir selanjutnya. Ni semualah akibat panahan novel yang dibaca.
            Dania suka membaca apatah lagi novel. Memang peminat no. 1 agaknya lah. Setiap bulan ada je novel baru yang dibelinya. Tak nampak macam membazir ke kat situ. Apa-apa je lah, duit dia kan. Okay berbalik pasal langgar kereta tadi tu, opss silap. TERLANGGAR tau. Hah huruf besar lagi tu. Lelaki itu dengan muka comel tapi masam mencuka sambil melihat belakang keretanya yang memang TAK SENGAJA dilanggar Dania. Hah huruf besar lagi tu.
            Lelaki tu betul-betul marah akibat keretanya cedera. Apalagi mengamuk sakan lah walaupun kecederaan yang dialami kereta kesayangan lelaki itu tidaklah seteruk mana yang sampai akan mengakibatkan masuk ICU tetapi cuma masuk wad biasa ataupun pesakit luar sahaja. Hoho boleh tahan juga mengarut.
            Cermin kereta Dania diketuk lelaki itu. Damia sememangnya berdebar dan kecut perut. Nasib baiklah masa itu tidak banyak kereta yang lalu.
            “Hey perempuan, turun kau ! aku cakap turun. Kau dah langgar kereta aku. Aku nak kau bayar ganti rugi ni. kalau tak aku report polis,” hembus lelaki itu dengan api kemarahan yang meluap-luap. Merah padam mukanya menahan marah.
            Dania diam kaku seperti dalam tin sardin. Dia takut untuk keluar dari kereta.
            “Hey perempuan ! aku kira sampai tiga.. kalau kau tak turun jugak, masuk jaillah kau. Satu... dua... ti..” belum sempat lelaki itu menghabiskan perkataannya, Dania cepat-cepat membuka tingkap keretanya.
            “Kan aku kata turun. Bukannya buka tingkap ni. kau jangan buat aku jadi lebih teruk dari ni.” api kemarahan lelaki tersebut semakin tinggi. Tak faham bahasa ke perempuan ni.
            Dengan terpaksanya, Dania melangkah keluar dari keretanya. Dania sedar, lelaki itu memandang dirinya dari bawah ke atas. Kenapa pulak dengan mamat ni? tengok aku macam tu bagai. Tahulah aku ni cantik... Sempat pulak perasan dalam keadaan darurat macam ni. Dania, Dania.
            “Sekarang aku nak mintak ganti rugi dari kau sebab kau dah langgar kereta aku. Kau tahu berapa harga kereta ni? heh, aku rasa kau tak payah tahu. Kau mesti tak mampu punya nak beli kereta macam ni. Entah-entah kereta aku ni labih mahal dari diri kau,” ish.. berani dia kata aku macam tu.
            “Yup, memang aku tak mampu nak beli kereta macam kau. Walaupun aku tak sekaya kau, aku ada maruah. Kau tak ada hak nak merendah-rendahkan maruah aku. Dalam hidup aku, kau adalah orang pertama yang cakap aku macam tu. Harap muka je handsome, tapi perangai... huhh.” Balas Dania. entah dari mana dia mendapat keberanian untuk berkata begitu kepada ‘mamat sombong’ tu.
            “Huh.. tak kesahlah kau nak kata apa, aku tetap nak minta RM500 sebagai ganti rugi dari kau,” tambah ‘mamat sombong’ yang perasaan dirinya kaya. Kayalah sangat.
            “Wow.. apa kau kata RM500? Hei, kereta kau cuma calar sikit je kan? Takkan sampai banyak macam tu. Pada mulanya memang aku nak bayar, tapi disebabkan sikap biadap kau, aku takkan bayar sesen pun.” Balas Dania. jangan haraplah aku nak bayar ganti rugi tu.
            Sedang Dania bermonolog di dalam hati, ‘mamat sombong’ tu merampas telefon bimbit yang dipegang Dania.
            “Wei, apa kau nak buat dengan telefon aku ha? Kau kan kaya, takkan nak ambik telefon aku kot.” Dania cuba merampas kembali telefonnya tetapi ‘mamat sombong’ tu lebih tinggi dari dia. Setelah satu minit berlalu, entah dari mana, bunyi deringan minta diangkat. ‘mamat sombong’ itu mengeluarkan telefonnya dari kocek seluarnya. Kemudian dia menekan butang merah. 
            Dania mendapat telefonnya kembali. Entah apa dia buat dengan telefon buruk aku ni.
            “Sekarang, aku tak ada masa dengan kau. Aku akan call kau bila-bila masa untuk tuntut ganti rugi aku. anda faham?” ‘mamat sombong’ itu memandang tepat anak mata Dania. dengan selambanya, “kan aku dah kata tadi, walau apapun yang berlaku, aku takkan akan bayar sesen pun dekat kau.”
            Dania berjalan laju ke arah keretanya. Baru sahaja dia membuka pintu kereta,
            “Hei, tunggu jap.” Apalagi mamat ni nak. Mamat tu menghampiri Dania.
            “Dari mana kau dapat cincin ni?” tanya mamat tu sambil memandang Dania tidak puas  hati.
            “Benda ni tak ada kena mengena dengan kau lah atau hidup kau. So, kau tak berhak tahu dari mana aku dapat cincin ni.” beraninya aku kata macam ni. Selalu aku tak seberani macam ni.
            “Benda ni ada kena mengena dengan aku. Aku pernah bagi cincin yang serupa dengan cincin yang kau pakai dan cincin yang aku pakai ni dekat seseorang,” terang mamat tu cakap seraya menunjukkan cincin yang dipakainya kepada Dania.
            Hah? Takkanlah. Aku rasa bukan dia. Okay, tenang Dania, tenang. Jangan cepat fikir bukan-bukan. Bukan dia. Ya Allah, aku harap bukan mamat arrogant ni lah. Sebab orang yang pernah aku kenal tu walaupun hanya beberapa hari tapi kalau di kira guna saat lama lah jugak rasanya. Tak mungkin berperangai macam ni macam.... malas aku nak cakap. Buat sakithati yang paling dalam menusuk kalbu, jangtung, hempedu. Haa semua ada. Huhh.
            “Haris?” Dania meneka nama ‘mamat sombong’ itu.
            “Dania?” giliran Haris pula meneka nama Dania.
            “Dania saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak kata awak macam tu tadi? Saya..” Haris tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana Dania lebih pantas.
            “No way. Kau dah merendah-rendahkan maruah aku.” Dania cepat-cepat memasuki perut kereta dan memecut habis keretanya. Dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis samahu-mahunya seperti hujan lebat yang turut turun membasahi bumi tatkala itu. Dia juga mengeluarkan cincin yang tidak pernah dilucutkan dari jari manisnya itu lalu dicampakkan ke ‘seat’ belakang kereta. Puas hatinya. Tak sangka. Tak tahu hendak diluah bagaimana. Hanya tangisan yang boleh berbicara saat itu.

                        *****************************************************

 “Dania, saya minta maaf pasal hari tu, saya tak ada niat pun nak cakap awak macam tu,” jerit Haris kuat.
            Dania memalingkan kepalanya ke belakang dan melihat Haris sedang berdiri tegap di sebelah kereta BMW. Kereta yang pernah dilanggar Dania. Dia lagi. Tak ada orang lain ke? Berani betul dia jerit minta maaf dekat aku. Nasib baik tak ada orang dekat sini. Kalau ada mana nak simpan muka ni. Dalam tas tangan aku?.
            “Dania,” rayu Haris lembut. Dania berlalu pergi dari tempat parking kereta membiarkan Haris di situ. Kau ingat, senang-senang aku nak maafkan kau?
            Haris perasaan Dania tidak lagi memakai cincin pemberiannya. Marah betul Dania padanya. Aku tahu aku salah, Dania. Aku akan berusaha untuk minta maaf dari kau sehingga kau maafkan aku. walau apa cara sekalipun.
            Dania melihat sekumtum bunga ros dan teddy bear kecil di atas meja kerjanya. Siapa pulak yang kasik aku semua benda ni? tak pernah-pernah aku dapat. Orang salah letak kot. Dania mengambil kad lalu membacanya.
           
            Dania,
            Saya minta maaf. Berjuta kali sekalipun saya akan minta maaf dari awak sehingga awak maafkan saya. Please, jangan tolak pemberian saya ni.
            Haris. <3

            Ni kali ke 419 dia minta maaf dekat aku. Dah penuh biliknya dengan pemberian Haris. Patut ke aku maafkan dia? Dengan apa yang dia dah buat dekat aku. Melihat kesungguhan dia....

            **************************************************************

Aku nak beli apa dekat shopping mall ni? baju banyak lagi. Erm nak beli apa ni?
            Entah berapa kali dia berpusing-pusing seluruh shopping mall. Tak tahu nak beli apa? Kalau macam nilah gayanya, lebih baik aku balik. Baca novel.
            “Ooo mak kau.” Latah Dania. Terkejut dia sampai tas tangannya jatuh ke bawah. Segala benda-benda yang ada di dalam tas tangan terkeluar. Memanglah jatuh ke bawah, mana ada jatuh ke atas kan?
            Pada masa itu, Haris tidak sengaja terlanggar Dania. Barang-barang Haris juga terjatuh. Mereka tertukar novel dan Haris terus pergi begitu sahaja takut Dania memarahinya.
            Di rumah, Haris ingin sambung membaca novelnya tetapi novel itu terkena air kopi dan rosak. Baru dia perasan bahawa novel itu tertukar dengan Dania. serba salah dia dibuatnya. Keesokan harinya...
            “Dania, nah ni RM22.50. aku minta maaf sangat-sangat.....,” jelas Haris dan mata Dania membuntang memandang Haris. Gila apa Haris ni nak bagi aku mas kahwin. Aku hantar juga pergi Tanjung Rambutan kang. Belum sempat Haris menjelaskan lebih lanjut, Dania segera lari daripada Haris.
            Nak tak nak Haris terpaksa pergi ke kampung Dania untuk mambayar hutang novel yang dirosakkannya. Takut tak sempat berjumpa lagi dengan Dania. Ye lah, ajal maut di tangan Tuhan kan. Mana tahu aku mati dulu nanti. Tak nak aku tanggung hutang tu. Dia mendapat alamat Dania daripada kawan Dania iaitu Alisa. Lain tahun lah cerita macam mana Haris boleh berjumpa dengan Alisa kawan baik Dania.
            Sampai je di rumah Dania, Haris berjumpa dengan kedua orang tua Dania. Mereka terkejut dengan kehadiran Haris dan apa yang diceritakan Haris tentang perkenalan mereka berdua. Tangkap syahdu lah pulak.
            “Pakcik, ni RM22.50 harga novel tersebut. Saya bagi Dania tapi dia tak nak,” terang Haris lagi kepada Encik Rahman. Bapa Dania terharu dengan segala penjelasan Haris dan sempat lagi berangan-angan untuk menjadikan Haris sebagai menantunya. Haris seorang yang baik dan jujur.
            “Kalau macam tu, pakcik nak kau datang lagi dua minggu dan hantar terus rombongan meminang. Pakcik tengok pun kau serius sayangkan anak pakcik walaupun sudah 6 tahun terpisah. Dania pun sebenarnya tunggu kau sebab tu dia tak kahwin lagi,” terpempan Haris mendengar penjelasan bapa Dania....
            2 minggu kemudian...
            Haris dan Dania selamat ditunangkan. Dania tidak tahu bahawa tunangnya itu adalah Haris. Bapanya yang memaksanya balik kampung. Dia tidak tahu bahwa itu merupakan hari pertunangannya. Selepas balik, Dania memang terkejut beruk dan pengsan adalah dekat sejam lebih. Tak ke haru namannya tu. Yang dia tahu nama bakal tunangnya adalah Danial. Memang tak jangka pun lah kan. Dania ni seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. Untung siapa yang dapat Dania kan. Hehe..
            3 bulan selepas itu, perkahwinan mereka dilangsungkan. Semasa akad nikah dijalankan baru Dania tahu bahawa bakal suaminya itu adalah Haris. Lebih tepat lagi ialah Danial Haris. Nak tak nak terpaksa juga diteruskan untuk mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu jika perkahwinan itu dibatalkan. Dania yang sememangnya telah lama menyimpan perasaan suka, sayang dan cinta kepada Haris telah disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri atas paksaan dari bapanya.

            Bapanya ingin yang terbaik untuk anak tunggalnya itu. Begitulah yang dinamakan cinta pandang pertama walaupun telah terpisah dari pertemuan pertama 6 tahun yang lalu. Mereka hidup bahagia dengan kedua-duanya saling belajar mencintai. Lebih indah bercinta selepas nikah. Aww sweet gitu. Semoga jalan cerita hidup mereka akan menemui kebahagiaan walaupun pelbagai rintangan yang akan muncul kelak.

No comments:

Post a Comment